Harian Metro

Penangan I Am Me

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

 Vida terkena tempias fitnah media sosial

Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berharap orang ramai tidak mudah percaya dengan beberapa akaun palsu menggunaka­n nama dan gambarnya di laman sosial.

Terbaru, satu akaun Twitter menggunaka­n nama Diva Vida kelmarin memuat naik status ‘Tadi ada doktor ucap thanks kat saya, sbb tadi lagu saya keluar kat radio tetiba pesakit yg dah koma 4 tahun ni bangun & tutup radio tersebut.’

Status berkenaan dimuatnaik selepas Vida mengeluark­an single pertamanya bertajuk dan status itu turut dikongsi beberapa laman sosial, termasuk Vida sendiri di laman Instagramn­ya.

Vida berkata, beliau tidak mempunyai akaun Twitter dan tindakan individu berkenaan dilihat cuba mengambil kesempatan untuk meraih populariti dengan menggunaka­n namanya di laman sosial.

Justeru, Vida berharap orang ramai tidak mudah percaya yang status berkenaan dimuat naik olehnya dan seharusnya mereka mengikuti akaun sebenar miliknya di Facebook dan Instagram.

“Peminat serta orang ramai kadang-kadang nampak saja gambar saya serta nama saya di beberapa laman sosial terus (mengikuti) tanpa mengetahui kesahihan akaun berkenaan.

“Sekarang ini, saya lihat beberapa akaun lain yang cuba mengambil kesempatan menggunaka­n nama saya ini lebih ramai pengikutny­a berbanding akaun sebenar saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Vida berkata, akaun sebenar miliknya yang perlu diketahui peminatnya ialah ‘Sayang-Sayang DSV’ (facebook) dan Dato’ Seri Dr Hajah Vida (Instragram) serta dia tidak mempunyai akaun Twitter.

Katanya, beliau kini memikirkan tindakan yang akan diambil terhadap individu yang menggunaka­n namanya itu dan menasihatk­an mereka supaya tidak mengambil kesempatan untuk memburukka­n imejnya.

 ??  ?? AKAUN sebenar Vida atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida iaitu Sayang-Sayang DSV.
AKAUN sebenar Vida atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida iaitu Sayang-Sayang DSV.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia