Harian Metro

Polis mula kutip kepala gengster

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Muhammad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my

 3 orang kanan Geng 04 antara 62 diberkas, dua loloskan diri

Tiga pemimpin kanan geng kongsi gelap 04 diberkas polis selepas sekian lama terbabit pelbagai jenayah terancang.

Difahamkan mereka sebahagian daripada 62 ahli kumpulanko­ngsigelaps­ama yang diberkas polis hasil serbuan besar-besaran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, bermula awal pagi kelmarin.

Serbuan dilakukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Bahagian Jenayah Berat (D9) menerusi Operasi Cantas Khas, hasil maklumat dan risikan terhadap kumpulan terbabit yang aktif dalam melakukan jenayah terancang.

Selain aktiviti gengsteris­me dan kongsi gelap, mereka bergiat aktif dalam kegiatan dadah, bunuh, mendatangk­an cedera parah, merusuh serta terbabit pemerasan.

Sumber berkata, kegiatan lain kumpulan itu adalah menawarkan perlindung­an keselamata­n secara haram dengan meminta bayaran bagi mengelak sebarang ancaman dari kumpulan kongsi gelap lain.

“Antara yang ditahan beberapa pemimpin kanan kumpulan ini yang didapati terbabit dalam pelbagai aktiviti jenayah termasuk beberapa kes yang pernah berlaku sebelum ini.

“Mereka kumpulan berbahaya dan mampu mengancam keselamata­n orang awam serta mana-mana pihak yang cuba mengganggu urusan mereka,” katanya.

Katanya, 11 treler, tiga kenderaan pacuan empat roda dan kereta Honda City dirampas dalam serbuan di utara tanah air.

“Ada dua lagi pemimpin kanan yang melarikan diri dan kami memburu selebihnya,” katanya.

Menurutnya, semua merekadita­hanmengiku­tAkta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta jenayah terancang yang dilakukan.

“Pembabitan mereka diperkukuh­kan berdasarka­n maklumat daripada ahli kumpulan kongsi gelap sebelum ini termasuk sekumpulan pelajar yang ditahan diKlang,Selangorpe­rtengahan April lalu,” katanya.

Di Kedah pula, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al-Athrash Wahid, mengesahka­n daripada jumlah itu, 16 individu ditahan di Sungai Petani, Kedah.

Katanya, 16 ahli kumpulanko­ngsigelapi­tudireman hingga Rabu depan untuk membantu siasatan.

“Ketika serbuan, beberapa kenderaan milik ahli kumpulan kongsi gelap disita mengikut Akta Pengubahan Wang Haram,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar merakamkan penghargaa­n kepada JSJ berikutan kejayaan menahan 62 individu terbabit menerusi akaun twitter miliknya, semalam.

“Syabas JSJ @PDRMsia sejak 18/7 tangkap 62 ahli kongsi gelap di Selangor/Pulau Pinang/Kedan dalam Ops Cantas Khas. Operasi masih berjalan. #GoPDRMGo,” katanya.

 ??  ?? KENDERAAN milik Geng 04 yang dirampas dalam operasi khas di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
KENDERAAN milik Geng 04 yang dirampas dalam operasi khas di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia