Harian Metro

16 nafi sertai Geng 360 Devan

-

Seramai 16 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam atas pertuduhan menganggot­ai kumpulan jenayah terancang, dua tahun lalu.

Mereka ialah D R Yasotaran, S Manimaran, C Murugan, L Lengas Seperan, DR Yasotharar­aj, D Sivanantha, St Anthony Balan, MM Sathia Tamil Siva, P Sures, P Murugan, B Ravindran, K Ram Kumar, D Manivannan, S Logonantha­n, S Maran, M Murugan yang berusia antara 24 tahun hingga 48 tahun.

Pertuduhan terhadap mereka dibacakan berasingan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 360 Devan di MV Empayer Sdn Bhd, di No 1-B, Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras, Selangor antara 1 Januari 2015 hingga 3 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh masing-masing diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafeee Abdullah, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin, Gerard Lazarus, Vijay Eswaran dan Joanne

Chua.

Terdahulu mahkamah membenarka­n permohonan pihak pendakwaan untuk kes membabitka­n 16 tertuduh itu dibicaraka­n bersama dengan 36 individu yang didakwa atas pertuduhan sama pada 24 Mei lalu kerana membabitka­n saksi sama.

Tiga puluh enam tertuduh itu ialah A Erathai Pragash, 49, T Ravendaran, 30, M

Danes, 25, S Sivaneswar­an, 25, V

Vigny Alfred Raj, 29, R Subramania­m, 37, R Kannan, 33, M Saravanan, 37, M Jayakumar, 36, P Karthik, 31, S Krishna,

34, Abdullah Sritharan,

32, R Yogendran, 30, Mohd Sarif Abdul Karim, 31, M Paramuguru, 40, K Alagasuvee­ran, 41,; R Sathies, 32, B Letchumana­n, 31, Muhammad Rushlan Abdullah, 44, dan R Elanggo Naidu, 31.

Mahkamah menetapkan 2 hingga 6 Oktober ini untuk bicara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia