Harian Metro

Ibu pergi ikut anak

- Hassan Omar am@hmetro.com.my

 Keluarga reda kehilangan dua beranak dalam tempoh 24 jam

“Tidak dinafikan kehilangan anak dan isteri dalam tempoh 24 jam amat menguji saya dan keluarga. Namun kami reda kerana semua ini ketentuan Allah.

“Bagi kami Allah lebih menyayangi dua beranak itu,” kata Md Noor Asman, 60, selepas isterinya, Madznah Othman, 57, dan anak perempuan bongsu, Norain Md Noor, 22, meninggal dunia.

Katanya, Norain yang juga orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia di rumahnya di Kampung Padang Dekat, Pengkalan Balak, di sini, jam 6.30 petang, Isnin lalu selepas diserang sawan.

Isterinya pula disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam kelmarin juga di rumahnya akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.

Menurutnya, jenazah Madznah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Dekat, Pengkalan Balak, jam 11 pagi semalam iaitu 24 jam selepas Norain dikebumika­n di tanah perkuburan sama.

“Arwah isteri dirawat di wad Hospital Melaka sejak 28 Jun lalu berikutan masalah kesihatann­ya. Jadi sepanjang tempoh itu Norain jarang berjumpa isteri dan kerap menyatakan rasa rindu pada ibunya.

“Dua beranak itu amat rapat memandangk­an Norain anak bongsu daripada tujuh beradik. Sepanjang ibunya tiada di rumah, Norain kerap termenung, namun tak sangka pula dia akan pergi meninggalk­an kami,” katanya.

Md Noor berkata, dia meminta kebenaran doktor untuk membawa isterinya pulang ke rumah bagi menghadiri pengebumia­n Norain dan dibenarkan berbuat demikian.

Namun, kira-kira jam 10 malam Selasa lalu isterinya mulai nazak sebelum menghembus­kan nafas terakhir sejam kemudian. Jenazah Madznah kemudian dikebumika­n bersebelah­an pusara Norain.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga menabur bunga rampai di atas pusara Madznah.
AHLI keluarga menabur bunga rampai di atas pusara Madznah.
 ??  ?? MD Noor menabur bunga rampai di atas pusara isterinya, Madznah bersebelah­an pusara anaknya, Norain di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Dekat, Pengkalan Balak, semalam.
MD Noor menabur bunga rampai di atas pusara isterinya, Madznah bersebelah­an pusara anaknya, Norain di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Dekat, Pengkalan Balak, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia