Harian Metro

KASIH TERAGUT SEKELIP MATA

 Tiga maut MPV terbabas bertembung van

- Raja Noraina Raja Rahim dan Khairul Najib Asarullah Khan am@hmetro.com.my

Tampin

Suasana sedih menyelubun­gi lokasi kemalangan apabila seorang anggota tentera mencium isterinya yang tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van pekerja di Jalan Air Kuning-Batang Melaka, dekat Gemencheh, semalam.

Lebih menyedihka­n apabila ciuman itu bukan saja yang terakhir buat isterinya, Zubaidah Mahmood, 44, malah Koperal Mohd Hafhizuddi­n Mohd Halim, 32, turut kehilangan anak perempuan Nur Rufaidah Izzati berusia 22 bulan dalam kemalangan sekitar jam 1.55 tengah hari.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu pemandu van pekerja Mohamad Rosdi Musa, 28. Zubaidah dan anaknya meninggal di lokasi kejadian manakala Mohamad Rosdi meninggal di Hospital Tampin akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menceritak­an detik itu, Mohd Hafhizuddi­n berkata, dia menerima panggilan kecemasan beberapa minit kemudian sebelum bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, saya melihat isteri dan anak tersepit di tempat duduk pemandu. Saya tidak dapat bayangkan keadaannya ketika itu sebelum dibantu orang ramai mengeluark­annya.

“Apabila keluar, saya melihat dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kali terakhir saya bersua dengan arwah pagi tadi (semalam) ketika mahu keluar ke tempat kerja.

“Sebelum ke tempat kerja saya sempat memandikan Nur Rufaidah Izzati. Tapi, sebaik selesai mandikanny­a, dia (Nur Rufaidah) mahu mengikut saya ke tempat kerja.

“Tapi, saya memberitah­unya akan pulang cepat sebelum dia mengalah,” katanya yang juga guru agama kem Tentera Syed Sirajuddin di Gemas.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika isteri bersama dua anak termasuk anak tiri perempuan berusia 23 tahun memandu Nissan Serena dalam perjalanan pulang ke Gemas selepas menghantar seorang lagi anak tiri belajar di Melaka.

“Kemalangan itu mengakibat­kan anak tiri lelaki cedera dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemencheh manakala jenazah isteri dan anak perempuan dibawa ke Hospital Tampin.

“Saya tidak tahu apa hendak diperkatak­an selepas kehilangan dua insan tersayang serentak. Saya reda dengan kejadian ini, jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tiong, Gemas, 10 malam ini (malam tadi),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin berkata, kemalangan yang turut mencederak­an tiga lain berlaku apabila MPV dalam perjalanan dari arah Batang Melaka ke Air Kuning Selatan dipercayai terbabas sebelum memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan van.

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibat­kan pemandu wanita dan pemandu van tersepit manakala lima lagi mangsa berjaya dikeluarka­n orang awam.

“Wanita terbabit dan anak perempuann­ya disahkan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu van meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tampin,” katanya sambil memaklumka­n kes disiasat mengikut

Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEADAAN MPV yang dipandu Zubaidah selepas terbabit kemalangan jam 1.55 tengah hari.
KEADAAN MPV yang dipandu Zubaidah selepas terbabit kemalangan jam 1.55 tengah hari.
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR kenangan Zubaidah (tiga dari kanan) dan Nur Rufaidah (tiga kiri dipangku) bersama ahli keluarga.
GAMBAR kenangan Zubaidah (tiga dari kanan) dan Nur Rufaidah (tiga kiri dipangku) bersama ahli keluarga.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri:
Nur Rufaidah, Zubaidah, Mohamad Rosdi
DARI kiri: Nur Rufaidah, Zubaidah, Mohamad Rosdi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia