Harian Metro

Tetamu berbulu

- Nur Izzati Izzah Nadzi am@hmetro.com.my

 Pemuda cipta kejutan di rumah terbuka Aidilfitri

Penghuni dan tetamu sebuah rumah terkejut dengan kehadiran maskot beruang ketika mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Idaman, dekat sini, Sabtu lalu.

Maskot beruang itu bukan saja menjadi tumpuan, malah turut menyerikan majlis apabila orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dan berswafoto bersamanya.

Itu antara keunikan yang disediakan anak tuan rumah, Mohd Amirul Ali, 23, yang mahu mencipta kejutan buat keluarga dan tetamu terutama ibunya, Soliaha Mohd Saad, 59.

Mohd Amirul berkata, kejutan dengan menjemput maskot berkenaan tanpa pengetahua­n ahli keluarga adalah antara cara dia mahu menghiburk­an semua terutama membalas jasa dan pengorbana­n ibunya selama ini.

“Setiap tahun kami enam beradik sepakat untuk mengadakan rumah terbuka, tetapi kali ini kami membuat kelainan dengan menjemput anak-anak yatim dan asnaf Asrama HALUAN Penyayang Darul Miftah As-Sa’adah seramai 39 orang serta memberi mereka duit raya kerana itu adalah hajat dan hasrat ibu. “Paling saya teruja apabila ibu dan ahli keluarga serta tetamu terkejut dengan maskot beruang yang tiba-tiba muncul dan menjadikan suasana bertambah gamat,” katanya.

Katanya, dia membuat perancanga­n seorang diri kerana sengaja mahu ahli keluarga terutama ibunya berasa gembira.

“Tak sangka dengan kehadiran maskot beruang menggembir­akan ibu dan ahli keluarga serta tetamu. Ibu pada mulanya terkejut, namun tersenyum dan lega dengan kejutan yang dibuat tanpa pengetahua­nnya,” katanya.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, sebelum ini ibunya pernah menyuaraka­n hasrat untuk menggembir­akan anak yatim dan mereka berjaya merealisas­ikannya.

“Alhamdulil­lah, kami bersyukur dapat menunaikan hasrat ibu untuk menggembir­akan anak-anak yatim kerana ibu bukanlah sihat seperti dulu. Ibu tak boleh berjalan dan jika mahu bergerak perlu guna kerusi roda. Ibu banyak berkorban untuk kami adik-beradik, jadi inilah antara cara kami mahu membahagia­kan ibu,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: NUR IZZATI IZZAH NADZI ?? ANAK yatim diraikan pada Majlis Rumah Terbuka Aidlfitri di rumah Mohd Amirul. Gambar kecil, Mohd Amirul bersama ibunya.
FOTO: NUR IZZATI IZZAH NADZI ANAK yatim diraikan pada Majlis Rumah Terbuka Aidlfitri di rumah Mohd Amirul. Gambar kecil, Mohd Amirul bersama ibunya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia