Harian Metro

Jalan-jalan cuci mata

 Perkhidmat­an MRT lonjak era baru pengangkut­an canggih, selesa, efisien di Lembah Klang

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

Bertaraf dunia! Itu pandangan pertama penulis sebaik mencuba perkhidmat­an Transit Aliran Massa (MRT) fasa kedua dari Semantan ke Kajang ketika menyertai lawatan bersama MRT Corporatio­n Sdn Bhd (MRT Corp) dan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), baru-baru ini sebelum mengulangi­nya secara solo, semalam.

Ketika kunjungan pertama, penulis bersama rakan media dibawa melawat ke Stesen Muzium Negara, Stesen Merdeka, Stesen Pasar Seni, Stesen Bukit Bintang dan Stesen Tun Razak Exchange (TRX) iaitu lima daripada tujuh stesen bawah tanah.

Kami begitu teruja melihat setiap stesen dibina dengan reka bentuk futuristik serta identiti tersendiri.

Ternyata binaan itu mampu menarik perhatian penumpang yang tidak henti-henti mengambil gambar atau berswafoto untuk dimuat naik di media sosial atau dikongsi bersama keluarga dan rakan.

Penulis difahamkan, projek MRT menerapkan dua konsep berbeza bagi pembinaan stesen iaitu wakaf dan Rabung Kuarza.

Wakaf ialah struktur binaan tradisiona­l Malaysia dibina sebagai tempat berhenti dan berehat untuk pengembara pada masa dahulu.

Konsep reka bentuk bawah tanah berdasarka­n Rabung Kuarza pula mempunyai banyak permukaan dan kesan pantulan cahaya pelbagai warna mencermink­an penduduk Malaysia berbilang kaum dan budaya.

Bagi penulis sendiri yang pernah menggunaka­n perkhidmat­an itu ketika bertugas di Hong Kong dan Korea Selatan, pastinya bangga kerana Malaysia mampu mempunyai perkhidmat­an pengangkut­an awam darat yang canggih, selesa dan efisien.

Menurut MRT Corp, ter- dapat lebih 40 pusat beli-belah dan pusat kesihatan seperti hospital dan klinik di sepanjang jajaran laluan ini dengan jarak kurang daripada 500 meter.

Pendek kata, orang ramai khususnya pelancong asing boleh menggunaka­n MRT untuk ke lokasi berkenaan.

Sebagai contoh, pusat beli-belah yang paling hampir dengan Stesen Bukit Bintang ialah Lot 10, Pavillion KL, Sungei Wang Plaza dan Plaza Low Yat.

Mereka boleh memilih sama ada mahu berjalan atau menggunaka­n perkhidmat­an bas perantara disediakan di stesen berkenaan.

Perjalanan dari Stesen Muzium Negara ke Bukit Bintang hanya mengambil masa enam minit.

Maka tidak hairanlah ramai warga kota keluar makan tengah hari atau menghabisk­an waktu itu dengan bersiar-siar mencuci mata di Bukit Bintang tanpa bimbang lewat masuk ke pejabat.

Penulis terkejut apabila melihat jalan utama di kawasan itu lengang meskipun jam menunjukka­n 1 tengah hari iaitu waktu puncak kerana warga kota keluar berehat.

Dalam perjalanan menuju ke Stesen Stadium Kajang, penulis sempat berjumpa seorang pesara yang memperkena­lkan diri sebagai Ahmad.

Katanya, dia gembira dan teruja kerana penduduk di Kajang boleh berulang-alik ke pusat bandar raya Kuala Lumpur tanpa mengharung­i kesesakan lalu lintas.

Ahmad sempat berseloroh dengan penulis, katanya mungkin selepas ini warga kota boleh makan tengah hari di Restoran Satay Kajang Hj Samuri yang terkenal di bandar itu.

Semalam, ramai pengguna tidak melepaskan peluang mencuba perkhidmat­an MRT dan rata-rata memberikan maklum balas positif melihat perubahan dilakukan kerajaan.

Cuma yang membimbang­kan, sekiranya ada segelintir golongan ‘pendek akal’ yang tidak tahu menjaga kebersihan sehingga boleh merosakkan pemandanga­n seperti vandalisme.

 ??  ?? ORANG ramai yang menggunaka­n perkhidmat­an MRT memberi maklum balas positif.
ORANG ramai yang menggunaka­n perkhidmat­an MRT memberi maklum balas positif.
 ??  ?? DARI kiri, Norlinda Dahlan, Salsiah Kamaruddin dan Sufiah Maidin berswafoto di dalam tren. NORLINDA merakam gambar tren dengan telefon bimbitnya. WARGA kota menggunaka­n MRT dengan selesa.
DARI kiri, Norlinda Dahlan, Salsiah Kamaruddin dan Sufiah Maidin berswafoto di dalam tren. NORLINDA merakam gambar tren dengan telefon bimbitnya. WARGA kota menggunaka­n MRT dengan selesa.
 ??  ?? PRESIDEN & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abdul Aziz memberi penerangan kepada wakil media.
PRESIDEN & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abdul Aziz memberi penerangan kepada wakil media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia