Harian Metro

Nur Farina pergi jua...

 Kanak-kanak istimewa derita ketumbuhan otak meninggal dunia

- Zairee Mohd Yasak am@hmetro.com.my

Tiada ungkapan mampu menggambar­kan perasaan sedih Muhammad Iman Firdaus Ng Abdullah, 53, apabila anak istimewany­a, Nur Farina Ng pergi buat selamanya ketika berada erat dalam dakapannya.

Muhammad Imam Firdaus berkata, dia bersyukur kerana berada di sisi dan dapat memeluk Nur Farina dengan erat buat kali terakhir ketika kanak-kanak itu menghembus­kan nafas terakhir di rumah mereka di Flat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Pantai Peringgit, di sini, jam 11.30 pagi, semalam.

Bapa kepada dua anak itu berkata, tahap kesihatan Nur Farina yang kini berusia empat tahun semakin merosot menyebabka­n dia mengambil keputusan berhenti kerja di Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Bukit Katil sejak Januari lalu.

“Pagi tadi (semalam) saya baringkan Nur Farina di atas katil seperti biasa untuk berikan susu botol. Kemudian saya dukung arwah namun tiba-tiba wajahnya berubah menjadi pucat, nafasnya pula kencang menyebabka­n saya cemas.

“Ketika itu saya peluk Nur Farina dengan erat, tak lama kemudian dia semakin lemah dan langsung tak berikan tindak balas. Selepas diperiksa saya dapati dia sudah tidak bernafas,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, semalam.

Menurutnya, Nur Farina disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Melaka yang ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaa­n terhadap kanak-kanak istimewa itu.

Muhammad Iman Firdaus berkata, dia tidak menyangka anak keduanya itu menghembus­kan nafas terakhir memandangk­an Nur Farina baru menjalani pemeriksaa­n kesihatan di Hospital Melaka, kelmarin.

Dia berkata, kesihatan Nur Farina semakin merosot sejak awal tahun ini, malah kanak-kanak itu diserang sawan Mac lalu dan ditahan di wad selama dua bulan.

Menurutnya, anak sulungnya, Nur Farhana Ng, 13, kerap membantuny­a menjaga Nur Farina ketika dia keluar bekerja, namun tidak mahu membebanka­n gadis itu kerana risau akan menjejaska­n pelajarann­ya.

Sementara itu, Nur Farhana Ng yang kebetulan tidak ke sekolah kerana kurang sihat berkata, dia cemas selepas bapanya memberitah­u Nur Farina tidak memberikan tindak balas.

“Saya macam tak percaya selepas ayah beritahu adik sudah meninggal dunia. Ketika itu ayah menitiskan air mata, manakala jenazah adik dibaringka­n di atas katil di ruang tamu.

“Tak tahu nak kata apa, bingung seketika kerana teman saya bermain selama ini sudah tiada. Walaupun umur adik tak panjang, banyak kenangan kami bersama,” katanya.

Jenazah Nur Farina dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaa­n sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam, Peringgit, di sini, selepas Asar.

Harian Metro 17 Mac tahun lalu melaporkan derita Nur Farina yang terbaring sejak berusia setahun akibat ketumbuhan otak yang menyebabka­n kepalanya membesar.

FAKTA

Nur Farina diserang sawan

Mac lalu dan ditahan di wad selama dua bulan

 ??  ?? NUR Farina menghidap penyakit ketumbuhan otak sejak berusia setahun.
NUR Farina menghidap penyakit ketumbuhan otak sejak berusia setahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia