Harian Metro

‘Tegah’ saudara datang rumah

-

Rantau Panjang: Sejak sedekad lalu, seorang warga emas di Kampung Bukit Tandak di sini, tidak pernah menjemput sesiapa bertandang ke rumahnya, meskipun anak dan cucu sendiri.

Bukan sombong atau sengaja enggan meraikan tetamu, sebaliknya Eshah Pa’sar, 70, bimbang jika ada yang tercedera apabila memasuki rumah kayu itu.

Eshah berkata, hanya dia saja mengetahui ruang selamat di rumahnya memandangk­an kediaman berusia 50 tahun itu sudah uzur dan mula mereput.

“Luarannya memang nampak tegap tetapi apabila masuk ke dalam, lantai banyak yang reput, dinding dan bumbung juga berkeadaan sama.

“Apabila ribut, bumbung daripada zink ini kerap tercabut kerana sudah lama tidak dibaik pulih. Setiap kali hujan, memang basah bahagian dalam rumah.

“Kadang-kadang tak perlu mandi apabila hujan memandangk­an air masuk ke rumah seperti pancuran,” katanya.

Eshah berkata, dia tinggal di rumah itu sendirian sejak tujuh tahun lalu selepas kematian suaminya akibat angin ahmar.

Katanya, dia tidak mempunyai anak kandung sebaliknya, mempunyai tiga anak tiri dengan seorang daripadany­a, Mohd Arifin Awang, 53, yang tinggal berdekatan.

“Sejak tiga tahun lalu, saya mula bermalam di rumah Mohd Arifin selepas rumah saya kerap dimasuki reptilia berbisa termasuk ular sawa.

“Selepas itu, rumah Mohd Arifin jadi tempat saya bermalam,” katanya yang masih menghuni rumahnya pada waktu siang kerana selesa berada di kediaman sendiri.

 ??  ?? ESHAH tinggal bersendiri­an di rumah usang yang kini berusia hampir 50 tahun ketika ditemui di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang.
ESHAH tinggal bersendiri­an di rumah usang yang kini berusia hampir 50 tahun ketika ditemui di Kampung Bukit Tandak, Rantau Panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia