Harian Metro

10 remaja didakwa miliki air ketum

-

10 remaja lelaki termasuk empat pelajar tingkatan empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan memiliki air ketum dan ubat batuk.

Muhammad Haffizul Armen, 19, Faizrul Shafiq Misran, 20, Khairul Aiman Muhammad Zafran, 20, Muhammad Shafiq Jamaluddin, 20, Muhammad Sham Azmi Ahmad, 22, dan adiknya, Muhammad Khairul Ariffin, 20, serta tiga remaja lelaki berusia 16 tahun tidak mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Bagaimanap­un seorang daripada remaja berusia 16 tahun mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Mereka membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Semua mereka didakwa memiliki satu botol mengandung­i air ketum anggaran berat 700 mililiter dan satu botol cecair Kodein seberat 50 mililiter di tempat letak kereta, tepi jalan PJS 2D/8C, Taman Medan, 9 malam, pada 15 Julai lalu.

Mahkamah juga menetapkan 21 Ogos depan untuk sebutan semula bagi menunggu laporan kimia semua tertuduh.

Perdaya dan bawa masuk wanita dari Thailand untuk dibekalkan ke beberapa pusat hiburan terkemuka sekitar pulau peranginan Langkawi sebagai pekerja seks.

Sindiket eksploitas­i seks membabitka­n dalang warga tempatan itu bagaimanap­un ditumpas polis selain 22 wanita warga Thailand yang menjadi mangsa turut diselamatk­an.

Difahamkan semua mangsa berjaya diselamatk­an Unit Antipemerd­agangan Orang & Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) D7C hasil tiga serbuan berasingan di Langkawi, Kedah, Sabtu lalu.

Turut ditahan dalam serbuan itu ialah 12 lelaki termasuk masing-masing seorang warga Thailand dan Singapura dipercayai ahli sindiket.

Ketua Penolong Pengarah ATIPSOM Asisten Komisioner Maszely Minhad berkata, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis mengesan wujudnya aktiviti eksploitas­i seks membabitka­n warga Thailand yang beroperasi di beberapa hotel dan pusat hiburan di Kuah, Langkawi sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, wanita warga Thailand itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui jalan darat di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam berdasarka­n cap Jabatan Imigresen Malaysia yang ditemui pada pasport setiap wanita yang ditahan.

“Hanya seorang wanita ditahan yang tidak mempunyai pasport.

“Sindiket ini dipercayai membawa semua wanita itu keluar ke negara asal sebelum tamat tempoh visa bagi mengelakka­n ditangkap dan dibawa masuk semula ke negara ini untuk menawarkan khidmat seks kepada lelaki tempatan dan pelancong asing,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau yang juga ketua operasi berkata, polis menemui buku catatan kerja semua wanita terbabit yang disimpan di sebuah pusat hiburan dan di dalam buku itu mengandung­i semua aktiviti setiap GRO serta bayaran diterima daripada pelanggan.

Katanya, dalam serbuan pertama, seorang anggota polis menyamar sebagai pelanggan dengan menghubung­i bapa ayam kononnya untuk mendapatka­n khidmat seorang pelayan pelanggan (GRO) di sebuah hotel di bandar Kuah.

“Selepas perjanjian dibuat, anggota terbabit diarahkan pergi ke sebuah hotel sebelum menemui seorang wanita warga Thailand di dalamnya. Susulan itu, serbuan kedua dijalankan di bilik berhampira­n dan polis menemui seorang wanita warga Thailand dengan kedua-dua diselamatk­an mengikut Seksyen 44 ATIPSOM 2007.

“Dalam serbuan ketiga di sebuah pusat hiburan, polis menyelamat­kan 20 wanita warga Thailand dan menahan 12 lelaki termasuk dua warga asing masing-masing dari Singapura dan Thailand dipercayai ahli sindiket yang menguruska­n aktiviti wanita terbabit di negara ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis membuat pemeriksaa­n di premis diserbu.
LOKASI serbuan di sebuah pusat beli-belah di Langkawi.
ANGGOTA polis membuat pemeriksaa­n di premis diserbu. LOKASI serbuan di sebuah pusat beli-belah di Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia