Harian Metro

Satu lagi sah positif

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Lelaki di Serian dikesan hidap virus selepas digigit anjing Mei lalu

Seorang lelaki dari Kampung Remun di Serian disahkan positif wabak rabies kelmarin, selepas digigit anjing, awal Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit berusia 52 tahun itu disahkan menghidap wabak itu hasil ujian makmal yang dijalankan.

Menurutnya, hasil temuduga yang dijalankan pihaknya, pesakit mengakui mempunyai sejarah digigit anjing, namun tidak mengalami simptom wabak berkenaan.

“Namun pada 11 Julai lalu, pesakit mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingunga­n sebelum dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

“Pesakit kini dalam pemantauan rapi pasukan perubatan dan akan menerima rawatan susulan di HUS,” katanya pada satu kenyataan, semalam.

Setakat ini, lima kes rabies disahkan di Serian namun empat daripada mangsa meninggal dunia selepas kritikal ketika menerima rawatan di HUS.

Mangsa terbaru, Florencesi­a Edward, 5, meninggal dunia Isnin lalu.

Sementara itu, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Sarawak berkata, 447 kes gigitan anjing dilaporkan sejak 1 April hingga semalam dan 317 individu sudah menerima suntikan vaksin anti rabies.

“Hasil daripada mesyuarat hari ini (semalam), anggota MPV polis diarahkan menjalanka­n rondaan dan pemantauan dalam lingkungan 10 kilometer bagi memaklumka­n Majlis Daerah Serian dan Majlis Perbandara­n Padawan sekiranya ada anjing liar berkeliara­n di kawasan berkenaan.

“Mesyuarat turut memutuskan untuk mewujudkan zon penampan di kawasan halangan wabak antara Siburan dan Kuching bagi mengekang penularan wabak rabies di Kuching,” katanya.

Katanya, masyarakat di sekitar Batu

10, Padawan diminta membawa anjing peliharaan ke tempat pemvaksina­n yang disediakan percuma oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) di Dewan Masyarakat Batu 10, Kota Padawan hari ini, bermula jam 10 pagi hingga jam 4 petang.

 ??  ?? PENDUDUK sekitar Serian mendapatka­n penvaksina­n untuk haiwan peliharaan mereka daripada JPVS.
PENDUDUK sekitar Serian mendapatka­n penvaksina­n untuk haiwan peliharaan mereka daripada JPVS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia