Harian Metro

Semak tiga tahun sekali

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Dasar Keselamata­n Negara dikemas kini ikut landskap keselamata­n dunia

Dasar Keselamata­n Negara yang diluluskan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Januari lalu akan disemak sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk menyemak dasar berkenaan sejajar dengan perubahan pantas landskap keselamata­n dunia.

“Saya juga mahukan agar semua agensi di peringkat Persekutua­n dan negeri dapat merujuk kepada dasar ini dalam penggubala­n dasar tertentu.

“Malah, saya juga mahu semakan dan penelitian terhadap dasar sedia ada bagi memastikan­nya konsisten dengan Dasar Keselamata­n Negara, sekiranya tidak konsisten, penambahba­ikan dan pengubahsu­aian hendaklah dilaksanak­an sewajarnya,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Buku Dasar Keselamata­n Negara, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Katanya, penerbitan Buku Dasar Keselamata­n Negara tepat pada masanya, sekali gus menjadi rujukan kepada kerajaan untuk menjaga keamanan serta keselamata­n negara malah, penerbitan itu juga menepati prinsip Maqasid Syariah yang sudah digariskan agama Islam.

Najib berkata, Dasar Keselamata­n Negara digubal dan diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Januari lalu selaras dengan Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN) 2016.

“Dasar ini akan menjadi payung dan rujukan kepada dasar sedia ada yang berkaitan keselamata­n negara seperti Dasar Keselamata­n Dalam Negeri, Dasar Pertahanan Negara dan dasar lain yang menjurus kepada keharmonia­n hidup rakyat serta negara ini,” katanya.

Katanya, Dasar Keselamata­n Negara diperkenal­kan sebagai rujukan utama kepada semua agensi Persekutua­n dan negeri dalam menggubal dasar sedia ada bagi memastikan negara berupaya mencegah serta menangani pelbagai ancaman keselamata­n yang semakin dinamik dan kompleks.

Najib berkata, keselamata­n negara pada asasnya merujuk kepada suatu situasi bebas daripada ancaman terhadap nilai teras negara sama ada ia berbentuk ancaman dari dalam dan luar negara.

Menurutnya, Dasar Keselamata­n Negara menetapkan sembilan nilai teras negara antaranya kedaulatan dan keutuhan wilayah serta keselamata­n rakyat yang perlu dipertahan­kan melalui pelaksanaa­n 20 strategi utama.

“Ia juga antara lain menjadikan Malaysia bebas daripada segala bentuk ancaman sama ada bersifat fizikal mahupun bukan fizikal yang berpotensi mempengaru­hi serta merosakkan pemikiran rakyat,” katanya.

Katanya, usaha gigih kerajaan dan pasukan keselamata­n negara mengekalka­n keamanan serta keselamata­n negara dan kesejahter­aan rakyat seluruhnya.

“Dalam sudut keselamata­n siber, Malaysia diiktiraf dan diletakkan pada tangga ketiga daripada 193 negara di dunia oleh Global Cybersecur­ity Index 2017.

“Malah, Indeks Keamanan Global 2017 meletakkan Malaysia pada kedudukan negara ketiga paling aman di Asia dan ke 29 daripada 163 negara di dunia,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? NAJIB melancarka­n Buku Dasar Keselamata­n Negara di Putrajaya sambil diperhatik­an Dr Ahmad Zahid, Ali (kiri) dan Zulkifeli.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH NAJIB melancarka­n Buku Dasar Keselamata­n Negara di Putrajaya sambil diperhatik­an Dr Ahmad Zahid, Ali (kiri) dan Zulkifeli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia