Harian Metro

Kaji pembayaran cukai jalan fleksibel

-

Putrajaya: Kementeria­n Pengangkut­an akan mengkaji pelaksanaa­n pembayaran cukai jalan fleksibel bagi mendidik pemilik kenderaan menjadi pemandu berhemah.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengenalan itu sejajar dengan langkah liberalisa­si insurans kenderaan bermotor di negara ini yang mula dilaksanak­an sejak 1 Julai lalu.

“Melalui cara ini, ia akan memberikan manfaat kepada pemilik kenderaan mengikut keadaan kenderaan, jangka masa atas jalan dan merit kesalahan lalu lintas,” katanya.

Menurutnya, sistem pembayaran cukai jalan fleksibel itu antara cara untuk kerajaan memberikan insentif kepada pemandu berhemah melalui diskaun yang diberikan ke atas cukai jalan.

“Dengan adanya sistem dan teknologi terkini, kita boleh tahu berapa lama pemandu berada di atas jalan raya atau berapa jauh pemanduan dilakukan.

“Mengikut cara ini, lagi kurang jumlah perbatuan, lebih rendah cukai jalan yang perlu dibayar. Malah, jika pemandu berkenaan patuh dengan peraturan lalu lintas, jumlah cukai jalan yang perlu dibayar juga lebih rendah.

“Jika syarikat insurans boleh menawarkan diskaun seumpama ini untuk pemandu berhemah, tidak mustahil kerajaan juga boleh melakukan langkah sama,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara U Mobile Sdn Bhd dan Atilze Digital Sdn Bhd di sini, semalam.

Melalui perjanjian itu, U Mobile akan menyediaka­n sambungan 3G dan 4G LTE untuk peranti Atilze Connected Car.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia