Harian Metro

Banduan miliki parang panjang dijel 5 tahun

- Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Seorang banduan dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas kesalahan memiliki parang panjang awal tahun ini.

Hakim Noradura Hamzah menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Lee Ting Fau, 47, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Lee seorang penjual sayur kini menjalani hukuman penjara setahun atas kesalahan menghalang penjawat awam.

Mahkamah memerintah­kan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 23 Januari 2017.

Berdasarka­n pertuduhan, Lee didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu parang panjang berukuran 47 sentimeter dari pangkal ke hujung mata dengan tiada alasan munasabah atau kebenaran sah daripada pihak berkuasa.

Alasan bekalan kurang dan pemborong menetapkan harga menjadi ‘modal’ peniaga untuk menaikkan harga bahan mentah seperti ikan, udang, ketam dan sotong, sekali gus membebanka­n pengguna yang menanggung kos sara hidup semakin meningkat.

Malah, peniaga seolah-olah mempunyai alasan tersendiri menaikkan harga bahan mentah berkenaan apabila sebelum ini ia melambung akibat musim perayaan dan terkini mereka menyalahka­n pula pemborong.

Ironinya tindakan mereka itu dilihat mahu mengekalka­nnya pada harga tinggi tanpa memikirkan kesan terhadap rantaian makanan lain yang kemungkina­n turut menaikkan harga jualan masing-masing.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Besar Kuala Lumpur dan Jalan Chow Kit mendapati harga dijual peniaga masih tinggi dan tidak menunjukka­n penurunan.

Selain itu, Isa Abdullah, 40, berharap pihak berkaitan melakukan pemantauan dengan lebih kerap seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga bahan mentah hingga membebanka­n pengguna.

“Jika pihak berkaitan tidak mengambil tindakan pasti peniaga dan pemborong terus menekan pengguna dengan menaikkan harga sesuka hati tanpa alasan munasabah,” katanya.

 ??  ?? TINJAUAN harga ikan di Pasar Chow Kit.
TINJAUAN harga ikan di Pasar Chow Kit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia