Harian Metro

Penuntut PhD dituduh curi 31 barang

-

Seorang pelajar sebuah universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan mencuri 31 barangan termasuk baju, beg tangan dan kasut bernilai RM2,300 di sebuah butik pada 12 Julai lalu.

Neda Karim Zadeh, 36, pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) warga Iran itu tidak mengaku bersalah dan mohon dibicaraka­n.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri 29 baju pelbagai jenama, satu beg tangan dan kasut di Cotton On, pusat beli-belah Sunway Pyramid, di sini, jam 6.45 petang.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee manakala tertuduh diwakili peguam Iskandar Putra Ishak.

Majistret Salamiah Salleh menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula. Alor Setar: “Kami tertekan apabila ada pelanggan datang marah sebab harga ikan yang dijual tak sama seperti ditular dalam laman sosial yang jauh lebih murah.

“Kami terpaksa jelaskan keadaan sebenar kerana harga ikan dijual setiap hari di sini tak menentu kerana ia bergantung pada keadaan cuaca dan hasil tangkapan diperoleh, malah saiz ikan juga tak sama,” kata Khadijah Md Shah, 41.

Khadijah antara 15 peniaga ikan di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah itu berkata, tindakan individu memuat naik harga ikan terlalu murah di Facebook menyebabka­n ramai pelanggan yang sanggup datang dari jauh awal pagi semata-mata untuk membeli ikan di situ.

Katanya, apabila diberitahu harganya tak sama seperti ditular, pelanggan marah malah ada yang mendakwa peniaga sengaja main harga.

“Bila jadi macam tu, kami peniaga di sini pening sebab kami sendiri tak pernah tengok (Facebook), malah ikan dijual bergantung pada hasil tangkapan,” katanya.

Peniaga lain, Melati Labon, 34, berkata, harga ikan dijual setiap hari tidak menentu dan jika hasil tangkapan diperoleh banyak, harga ikan atau hasil tangkapan lain seperti udang, sotong dan ketam dijual lebih murah dan jika ia berkuranga­n, mungkin ia meningkat.

 ??  ?? M ELAT I men ju al ikan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah.
M ELAT I men ju al ikan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia