Harian Metro

J Waspada urus niaga dalam talian

- Noor Mohamad Shakil Hameed

umlah kerugian RM14.23 juta yang direkodkan membabitka­n penipuan urus niaga dalam talian di negara ini bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini membuktika­n betapa seriusnya masalah penipuan jual beli dalam talian, sekali gus memerlukan langkah pencegahan sewajarnya.

Dalam tempoh itu jumlah kes yang direkodkan 3,576 kes. Ternyata makin ramai rakyat kita mula menjadi mangsa penipuan individu mahupun sindiket yang bersembuny­i di sebalik kemajuan teknologi yang canggih. Beberapa laman web dan media sosial yang terkenal dijadikan lubuk oleh penjenayah kolar putih ini dalam memerangka­p mangsa mereka.

Mengikut pihak berkuasa, portal beli-belah mudah.my menerima aduan tertinggi berkaitan penipuan urus niaga dalam talian iaitu sebanyak 1,857 kes membabitka­n kerugian

RM5.1 juta, ini diikuti Facebook dengan 730 kes (RM3.4 juta) dan WeChat 244 kes (RM544,412).

Penipuan menggunaka­n Instagram pula mencatatka­n jumlah ketiga kerugian tertinggi iaitu RM2.09 juta membabitka­n 154 kes. Ini menunjukka­n kemajuan teknologi bukan saja membawa pelbagai kebaikan tetapi turut mengundang malapetaka yang besar jika tidak berhati-hati menguruska­nnya.

Antara faktor penipuan dikenal pasti mangsa tertarik dengan harga murah sesuatu barangan yang dijual, sebagai penjual mangsa tertipu dengan SMS atau e-mel palsu yang nampak begitu meyakinkan tentang transaksi bayaran daripada pembeli palsu serta ada juga penjenayah yang sudah mula menggunaka­n taktik meletakkan pelbagai ayat suci al-Quran dan hadis Nabi sebagai umpan untuk mengaburi mata mangsa.

Barangan popular yang sering dijadikan umpan ialah telefon pintar model terbaru berjenama seperti Iphone dan Samsung serta komputer riba.

Hakikatnya kita perlu sentiasa sedar urusniaga dalam talian baik membeli mahupun menjual memang terdedah dengan pelbagai risiko. Hal ini kerana kita sering berurusan dengan orang yang tidak dikenali. Justeru kitalah yang perlu lebih berhati-hati sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dalam konteks ini statistik pihak berkuasa membuktika­n masih ramai anggota masyarakat kita leka dan mudah terpedaya dengan urusniaga dalam talian sehingga mudah tertipu.

Maka eloklah kita ambil iktibar agar tidak terus menjadi mangsa keadaan. Kita akui zaman sudah berubah, perkembang­an teknologi yang terlalu pesat membolehka­n kita melakukan pelbagai urusan di atas talian termasuk membeli-belah baik di dalam negara mahupun dari luar negara.

Ringkasnya segala urus niaga dapat dilakukan dihujung jari dalam sekelip mata. Jadi kita tidak boleh lari dari kenyataan ini, malah perlu menyesuaik­an diri kita agar sentiasa mengikuti arus perubahan yang sedang dan bakal berlaku. Malah, jika digunakan dengan jujur dan bijak proses pemasaran dan jual beli atas talian ini boleh memberikan pulangan yang berlipat ganda kepada peniaga.

Namun dalam kita ghairah berurus niaga dalam talian jangan juga lupa betapa semakin ramai juga yang mula mengambil kesempatan dengan pelbagai dakyah dan tipu helah asalkan boleh mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Bagi mereka apa yang penting ialah keuntungan wang ringgit maka matlamat menghalalk­an cara adalah perkara biasa dan tidak dilihat sebagai satu kesalahan yang besar.

Jadi sebagai pengguna marilah kita tunjuk kuasa beli kita. Gunakan segala kebijaksan­aan yang ada dan jangan mudah tertipu dan terpedaya dengan individu mahupun sindiket yang sentiasa menunggu peluang yang terhidang. Kita boleh mengamalka­n beberapa tip yang berkesan supaya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Antara tip yang paling asas jika kita betul-betul tidak yakin dengan sesuatu urus niaga, maka wajar tidak melakukann­ya. Ini hak kita yang mutlak. Tiada siapa boleh memaksa kita untuk membeli mahupun membayar dalam talian. Dalam kes kurang keyakinan seperti ini elok melakukan urusan jual beli secara tradisiona­l iaitu berjumpa secara bersemuka dan selesaikan urus niaga dengan baik.

Namun penulis percaya kebanyakan daripada kita terutama generasi muda hari ini lebih berminat berurus niaga dalam talian kerana cepat dan mudah. Jadi kelompok ini perlu lebih berhati-hati.

Jangan mudah terpedaya dengan harga murah dan tawaran menarik yang disediakan oleh pihak yang kita tidak kenali. Kita wajar siasat kesahihan dan rasional di sebalik tawaran harga yang murah mahupun yang tidak masuk akal. Hal ini kerana barangan seperti telefon pintar misalnya sudah ditetapkan harga pasaran yang tertentu dan tidak mungkin dapat dibeli dengan harga jauh lebih rendah. Penggunaan logik akal sangat penting dalam proses ini. Sepatutnya kita sudah boleh membaca taktik licik penjenayah yang cuba mengumpan kita dengan harga tidak masuk akal untuk barangan yang sudah jelas harga pasarannya. Jadi sebagai pengguna janganlah tamak dan tertipu dengan begitu mudah sekali.

Kita juga wajar teliti dan semak dahulu sebelum membuat sesuatu bayaran. Memang kita tiada pilihan di mana kebiasaann­ya kita perlu membayar terlebih dulu ketika membuat tempahan dan pembelian secara dalam talian, namun itu tidak menghalang kita untuk berhati-hati.

Misalnya, sebelum membayar pastikan syarikat atau individu ini boleh

FAKTA RM14.23 juta direkodkan membabitka­n penipuan urus niaga dalam talian bagi tempoh Januari

hingga Jun 2017

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia