Harian Metro

Bapa wajib beri nafkah

- Rashdan Aliff Johor

 Bertanggun­gjawab sara hidup anak walaupun sudah bercerai

Saya berusia 52 tahun dan mempunyai seorang anak tiri lelaki berumur 15 tahun. Bolehkah saya menuntut nafkah sara hidup anak tiri di bawah jagaan saya daripada bapa kandungnya? Peribahasa ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar’ agak sesuai untuk menggambar­kan sikap seorang bapa yang gagal menunaikan tanggungja­wab nafkahnya kepada anak yang berada di bawah jagaan bekas isteri.

Tambahan pula, bekas isteri sudah berkahwin lain. Entah apa yang merasuk fikiran dan hati sehingga subur perasaan marah, sakit hati dan dendam terhadap bekas isteri menyebabka­n si bapa mengambil tindakan sedemikian.

Itu adalah kenyataan yang sememangny­a berlaku dalam masyarakat kita.

Keadaan itu menyebabka­n betapa sukarnya satu kes tuntutan nafkah anak untuk diselesaik­an di mahkamah.

Rela bersusah payah dan mengharung­i sesi perbicaraa­n kes semata-mata untuk memuaskan hati.

Tiada lagi pertimbang­an waras untuk memudahkan urusan sedangkan ia tidak perlu dibawa ke mahkamah sekiranya sudah utuh dalam hati dan fikiran seorang bapa wajib memberi nafkah kepada anaknya.

Memudahkan urusan orang lain pastinya akan dipandang mulia di sisi Allah SWT dan urusan sendiri juga pasti akan dipermudah­kan.

Walaupun sudah bercerai, anak dijaga bekas isteri bersama suami barunya perlu diberi nafkah. Bapa kandung tetap memikul tanggungja­wab bagi nafkah seorang anak yang masih belum mampu mencari nafkahnya sendiri.

Seperti diperuntuk­kan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri di bawah Seksyen 73, kewajipan menanggung nafkah anak adalah:

1. Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah mahkamah memperuntu­kkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaiman­a yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupann­ya atau dengan membayar kosnya.

Oleh itu, selagi ada bapa kandung, selagi itulah tanggungja­wab nafkah anak wajib ditanggung olehnya.

Melainkan jika berlaku keuzuran syar’ie terhadap diri bapa berkenaan seperti lumpuh, hilang upaya yang menyebabka­n dia tidak mampu mencari nafkah atau sudah meninggal dunia serta hilang tanpa diketahui di mana berada sehingga dalam tempoh yang panjang dan gagal dikesan.

Jika berlaku sedemikian, barulah tanggungja­wab nafkah itu perpindah menjadi kewajipan kepada waris daripada pihak bapanya menurut susunan keutamaan.

Keutamaan itu dilihat sebagaiman­a keutamaan waris lelaki dalam penyelesai­an faraid. Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri di bawah Seksyen 73 juga dinyatakan, kewajipan menanggung nafkah anak.

2. Adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggun­gan di bawah hukum syarak supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanakkanak jika bapa kanakkanak itu mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

Berdasarka­n persoalan minggu ini yang bertanyaka­n sama ada bolehkah dia membuat tuntutan nafkah bagi pihak anak tirinya, jawapannya, boleh jika bapa tiri itu adalah penjaga anak berkenaan yang diperintah­kan oleh mahkamah.

Selain itu, jika anak itu berkemampu­an untuk menuntut sendiri nafkah daripada bapanya, maka ia adalah keutamaan.

Lazimnya, tuntutan nafkah anak dibuat melalui wakil kepada anak itu sama ada penjaga atau ibu atau bapa yang menjaganya.

Ini kerana anak itu masih bersekolah, terikat dengan pembelajar­an yang menyukarka­nnya untuk melalui prosiding perbicaraa­n. Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia