Harian Metro

Hulur RM26,500 bantu etnik Rohingya

-

Putrajaya: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyerahka­n sumbangan RM26,500 kepada Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima, di sini, semalam, sebagai tanda keprihatin­an terhadap penderitaa­n etnik terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang merangkap Ketua Biro Majlis Sukan dan Kebudayaan (MASKAB) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, kutipan sumbangan itu adalah anjuran khas MASKAB bagi membantu meringanka­n beban etnik Rohingya.

Katanya, dana itu disumbangk­an anggota dan pegawai yang berkhidmat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat di semua negeri serta sumbangan awam.

“Kami buat kutipan serta wujudkan tabung di kaunter setiap cawangan jabatan bomba dan penyelamat selain ketika mengadakan program.

“Kutipan ini dilaksanak­an selama empat bulan yang berakhir Jun lalu. Jumlah itu melebihi sasaran kami iaitu RM15,000.

“Kami harap sumbangan ini dapat membantu meringanka­n beban etnik Rohingya,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.

Sumbangan disampaika­n Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar kepada wakil Media Prima Berhad iaitu Ketua Biro Berita Harian Putrajaya Magendran Rajagopal. Orang ramai boleh memberi sumbangan melalui akaun 5642-7652-2630 (Maybank), Maybank2u.com, pindahan wang ATM, talian perbankan Kawanku, deposit tunai dan deposit cek di mesin Maybank serta kaunter Maybank.

Sumbangan melalui cek atas nama Tabung Kemanusiaa­n Rohingya Media Prima boleh dibuat di Jabatan Komunikasi Korporat Media Prima di Tingkat 1, Anjung Riong, 31 Balai Berita, Jalan Riong 59100, Bangsar, Kuala Lumpur.

 ??  ?? NOH Omar (dua dari kanan) menyampaik­an replika cek bagi Tabung Kemanusiaa­n Rohingya kepada Magendran.
NOH Omar (dua dari kanan) menyampaik­an replika cek bagi Tabung Kemanusiaa­n Rohingya kepada Magendran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia