Harian Metro

CEO ZPP nafi 3 pertuduhan terima jam

-

Butterwort­h: Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP) Datuk Azman Abdul Samat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tiga pertuduhan menerima suatu barangan berharga tanpa balasan antara 2010 dan 2015.

Azman, 50, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan, Azman didakwa menerima jam tangan Bonia Tesoro bernilai RM700 daripada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya iaitu pemilik syarikat MNI Venture Ros Suriyati Alang di kediamanny­a di No 1048 Mukim 2 Permatang Rambai, Permatang Pauh, pada 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Azman didakwa menerima jam tangan Tissot Touch bernilai RM2,000 daripada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya iaitu pemilik syarikat Al Global Trading Ashari Ismail di Pejabat ZPP di No 4 Jalan Perda Selatan, Bukit Mertajam, antara 2011 hingga 2015.

Seterusnya, Azman didakwa menerima jam tangan Roscani Paris bernilai RM750 daripada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya iaitu pemilik syarikat Safa Murni Enterprise Zaiyusri Ibrahim di kedai makanan berhampira­n Pejabat ZPP dalam Daerah Seberang Prai Tengah pada 2015.

Bagi setiap pertuduhan, Azman didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan berasingan, Ketua Bahagian Pengurusan Pembanguna­n Kualiti Asnaf dan Ekonomi ZPP Mohd Wardi Ramli, 35, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunaka­n jawatannya untuk mendapatka­n suapan daripada kontraktor antara2015 dan 2016.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunaka­n jawatannya untuk mendapat suapan apabila mengesyork­an Syarikat Al Global Trading untuk membekalka­n 26 set cadar cadar

(52 set) dan selimut (100 set) berjumlah RM10,240 dengan mengemukak­an sebut harga kepada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya di Pejabat ZPP, Bukit Mertajam, pada 26 Oktober 2015.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa bagi kesalahan sama apabila membuat permohonan dan mengesyork­an syarikat sama untuk membekalka­n 1,480 anak ayam kampung dan 50 kilogram dedak Gold Coin 501 berjumlah RM4,842 di Pejabat ZPP, Bukit Mertajam pada 11 November 2016.

Seterusnya, Mohd Wardi didakwa bagi kesalahan sama apabila membuat permohonan dan mengesyork­an syarikat sama untuk membekalka­n dedak Starter dan Grower berjumlah RM6,000 di Pejabat ZPP, Bukit Mertajam, pada 14 November 2016.

 ??  ?? MOHD Wardi dan Azman (gambar bulat) diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Sesyen Butterwort­h, semalam.
MOHD Wardi dan Azman (gambar bulat) diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Sesyen Butterwort­h, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia