Harian Metro

‘Sapu’ RM83,220.18 tiru sain bos

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

 Bekas eksekutif bank dipenjara 18 bulan, denda RM20,000

Seorang bekas eksekutif sebuah bank dihukum penjara 18 bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan memindahka­n wang milik bank ke akaun peribadiny­a dan meniru tandatanga­n pegawai atasan bank untuk melakukan pemindahan itu, tahun lalu.

Hakim Syed Faisal Syed Amir menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nor Azrin Zazali, 33, selepas tertuduh mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagi pertuduhan memindahka­n wang, tertuduh dihukum penjara 18 bulan dan denda RM20,000 jika gagal membayar denda, boleh dipenjara empat bulan manakala pertuduhan kedua tertuduh dihukum penjara enam bulan.

Bagaimanap­un, kedua-dua hukuman itu diarahkan berjalan serentak dari tarikh tangkapan pada 31 Mei lalu.

Mengikut

pertuduhan pertama, wanita itu sebagai pegawai bank yang diamanahka­n untuk membuat pemindahan wang ke dalam akaun yang diberi kebenaran namun tidak jujur memindahka­n wang berjumlah RM83,220.18 ke dalam akaun bank miliknya untuk kepentinga­n sendiri.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa dengan tidak jujur meniru tandatanga­n Muhammad Yuriadi Yusof, 33, ke atas borang pemindahan wang bank dan memindahka­n wang berjumlah RM83,220.18 ke akaun bank miliknya dan didakwa mengikut Seksyen 464 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Jabatan Penjelasan Cek bank berkenaan di Tingkat 18, Menara Atlas Plaza Pantai, No 5, Jalan 4/83 A, Off Jalan Pantai Baru di sini antara 9 Ogos 2016 hingga 27 Mac 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia