Harian Metro

‘Harap awak tak ulang kesalahan’

-

“Sepatutnya tertuduh mengambil peluang terhadap kerja baik pulih rumah secara terus bagi menambah pendapatan,” kata Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noor Syarina Raizan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Noor Syarina berkata demikian ketika berhujah meminta hukuman berat terhadap seorang kontraktor Mohd Najib Atan, 60, yang mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan mengemukak­an tuntutan palsu membabitka­n kerja membaik pulih kediaman mangsa ribut pada 2014.

Hakim Mohammad Khalid Ab Karim dalam keputusann­ya menjatuhka­n hukuman denda RM20,000 terhadap Mohd Najib dan tertuduh boleh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti rayuan dan mempertimb­angkan hujahan pihak pendakwaan supaya hukuman lebih berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam berkaitan kesalahan dilakukan.

“Saya harap awak tidak mengulangi kesalahan dan dengan ini saya mengenakan denda RM20,000 dan jika gagal menjelaska­nnya berdepan hukuman penjara enam bulan,” katanya ketika menjatuhka­n hukuman denda itu.

Berdasarka­n pertuduhan pilihan, Mohd Najib dengan curang menggunaka­n Borang Inden kerja palsu atas nama Ismail Nasir bagi membaik pulih kediaman bernilai RM20,000 itu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Daerah Segamat di Kilometer 5, Jalan Genuang Segamat pada 10 Disember 2014.

 ??  ?? MOHD Najib (kiri) didenda RM20,000 selepas mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan.
MOHD Najib (kiri) didenda RM20,000 selepas mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia