Harian Metro

Tindakan selepas selesai siasatan

-

Kuala Lumpur: Sebarang tindakan undang-undang ke atas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung dakwaan penipuan pemajakan kereta hanya akan ditentukan selepas siasatan polis selesai.

Ketua Pegawai Eksekutif AGR Auto Trade Sdn Bhd Datuk Seri C Kamaleshwa­ran berkata, perkara itu hanya akan diputuskan peguamnya selepas siasatan pihak berkuasa selesai.

Katanya, buat masa ini, tumpuannya selaku pemilik syarikat itu untuk membantu pemajak dan penyewa yang terbabit termasuk membuat pinjaman dengan institusi kewangan.

“Memang kami sedang membuat pinjaman bagi menyelesai­kan tunggakan yang wujud sebelum ini. Kami kesal dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang buat begini kepada kami,” katanya.

Kamaleshwa­ran berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihaknya sudah memaklumka­n kepada pemajak mengenai pelan syarikat yang baru diambil alih 1 Mei lalu.

“Satu lagi, saya juga kesal dengan sikap aktivis mengaitkan saya dengan sejarah lampau saya. Yang lepas, lepaslah. Saya hanya mahu berniaga. Saya juga ada nama yang diberi ibu bapa saya.

“Apa yang berlaku ini, mereka menggelark­an saya dengan nama Kabi. Saya juga tidak terbabit dengan tangan ghaib, saluran politik atau pun dilindungi sesiapa,” katanya.

Sementara itu Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, pihaknya bersedia dengan apa juga implikasi undang-undang dan mempertaha­nkan tindakanny­a menemani pengadu ke syarikat itu baru-baru ini.

“Ya. Saya bersedia 100 peratus. Kita juga minta peguam supaya meneliti kes ini kerana ia mewakili pengadu yang teraniaya,” katanya.

Polis mengadakan satu mesyuarat khas Isnin hadapan bagi meneliti lebih 50 laporan polis diterima dan dokumen perjanjian berkaitan isu pajakan kereta di Kajang, Selangor, yang tular baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, beliau sendiri mempengeru­sikan mesyuarat itu yang dijangka dihadiri Ketua Polis Selangor, Kuala Lumpur, ketua polis daerah dan pegawai berkaitan yang terbabit serta mempunyai kaitan dengan kes itu.

Menurutnya, dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) polis tidak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia