Harian Metro

Takrifan songsang

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 Pihak mendokong gerakan ‘Evangelism­e’ manipulasi konsep kebebasan beragama

Wujud pihak yang mendokong gerakan ‘Evangelism­e’ cuba memanipula­si konsep kebebasan beragama di dalam Perlembaga­an dengan memberi takrifan sendiri dan meletakkan Islam sama sebagai agama lain.

Ketua Lajnah Kajian Strategik Majlis Ittihad Ummah Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, konsep kebebasan beragama itu perlu dilihat dalam aspek yang betul iaitu kebebasan menganuti serta mengamalka­n agama secara bersyarat seperti termaktub dalam perundanga­n.

“Perlembaga­an menetapkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutua­n sekali gus Islam mempunyai posisi istimewa serta tidak boleh disamakan dengan agama lain,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, Majlis Ittihad Ummah menyeru kepada semua pihak supaya kembali memahami konsep kebebasan beragama sebenarnya tanpa membuat takrifan sendiri yang digunakan oleh segelintir pihak.

Bulan lalu, Metro Ahad menerusi kolum Kafe Ahad pernah membongkar gerakan Evangelism­e yang didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Prof Datuk Mahamad Naser Disa.

Wan Ahmad Fauzi berkata, pendekatan secara harmoni perlu diguna pakai supaya pengamalan ajaran agama lain itu tidak bercanggah dengan kebebasan untuk mengamalka­n agama yang dijamin bagi orang Islam.

Beliau berkata, konsep kebebasan beragama ini perlu dilihat secara holistik dan bukan sekadar menerusi prinsip atau peruntukan Perlembaga­an, bahkan kepada konsep kedaulatan tanah air itu sendiri.

“Kami berpendiri­an sebarang aktiviti dan gerakan oleh mana-mana pihak yang bertujuan memprejudi­skan konsep kedaulatan dan kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n adalah kegiatan haram dan mesti dibasmi hingga keakar umbi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia