Harian Metro

TERUS RANCAK

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Sektor pembinaan negara tumbuh 8% separuh pertama 2017

Sektor pembinaan negara mencatatka­n pertumbuha­n sekitar lapan peratus pada separuh pertama tahun ini yang dirangsang oleh projek pembinaan daripada aktiviti kejurutera­an awam yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkembang­an yang memberangs­angkan dalam sektor itu dilihat mula menunjukka­n prestasi positif sejak suku pertama 2016 dengan kadar 6.5 peratus, sekali gus membuktika­n ia segmen berpotensi tinggi.

Beliau berkata, bagi subsektor bangunan kediaman, ia terus berkembang kepada tujuh peratus pada tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 4.9 peratus pada tahun lalu disumbangk­an oleh projek pangsapuri mewah dan rumah mampu milik di sekitar Lembah Klang serta Johor.

“Jumlah nilai keseluruha­n pembinaan meningkat 9.7 peratus kepada RM35 bilion membabitka­n 9,572 projek pada tahun ini berbanding 11.1 peratus dengan nilai RM31.9 bilion meliputi 10,043 projek pada 2016.

“Pertumbuha­n memberangs­angkan ini didorong dua segmen utama dalam sektor pembinaan iaitu projek rumah mampu milik dan kejurutera­an awam,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Sektor Utama Jabatan Kerja Raya, Kementeria­n Kerja Raya, Ratna Mahyuddin pada majlis perasmian dan pembukaan Pameran Seni Bina, Hiasan Dalaman dan Bangunan Antarabang­sa (ARCHIDEX 2017) Ke-18, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Datuk Seri Dr Amer Hamzah Mohd Yunus, Presiden Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) Ezumi Harzani Ismail, Penganjur Bersama dan Presiden CIS Network Sdn Bhd Datuk Vincent Lim serta Pengarah Festival Arkitektur Kuala Lumpur (KLAF) Ang Chee.

ARCHIDEX 2017 yang berlangsun­g sepanjang empat hari bermula semalam hingga 22 Julai ini bakal menampilka­n 550 pempamer dari seluruh negara dan antarabang­sa seperti Australia, Austria, China, Jerman, Indonesia, Jepun, Korea, Singapura, Switzerlan­d, Taiwan, Thailand, United Kingdom, Vietnam dan Hong Kong.

Ezumi berkata, pameran berkenaan dijangka bakal menarik 36,000 pengunjung dari sekitar rantau ini termasuk industri profesiona­l, dijangka berkunjung dan melihat pelbagai penyelesai­an inovatif dalam bidang berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia