Harian Metro

Wujudkan 2,000 profesiona­l E&E

-

Kuala Lumpur: Sektor elektrik dan elektronik (E&E) tempatan perlu memanfaatk­an kemudahan disediakan di Pusat Pembanguna­n Kompetensi Termaju MIMOS-NCIA (MIMOS-NCIA ACDC) dalam membina tenaga kerja berkemahir­an tinggi bertaraf dunia sebagai persediaan untuk menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, bagi mengekalka­n pertumbuha­n dan kemampanan sektor terbabit ke arah mencapai matlamat negara berpendapa­tan tinggi, Malaysia memerlukan bakat yang berkeupaya­an dan bersedia untuk menyumbang kemahiran mereka.

“Teknologi termaju, inovasi, mesin atau kelengkapa­n canggih tidak bermakna jika modal insan dalam negara tidak cukup mahir untuk menterjema­hkannya kepada pengetahua­n baru dan nilai tambah yang membawa kelebihan kepada negara serta manfaat kepada rakyat.

“Kita berharap dapat mewujudkan 2,000 profesiona­l E&E berimpak tinggi dalam tempoh lima tahun. Jumlah itu dijangka memenuhi permintaan daripada semua syarikat E&E yang beroperasi di negara ini pada masa ini,” katanya dalam teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, di sini, semalam.

MIMOS-NCIA ACDC adalah pusat pembanguna­n modal insan yang diwujudkan bersama oleh pusat penyelidik­an serta pembanguna­n negara, MIMOS dan NCIA.

Pusat berkenaan menawarkan kemudahan latihan industri berteknolo­gi tinggi hujung ke hujung bertaraf dunia yang bertujuan untuk memupuk pengalaman amali yang diperlukan untuk menghasilk­an tenaga kerja berkemahir­an tinggi dalam sektor E&E.

 ??  ?? WILFRED
WILFRED

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia