Harian Metro

Rumusan peranti pandu berhemah

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

 U Mobile, Atilze jalin kerjasama rangkaian 3G, 4G LTE untuk keselamata­n di jalan raya

UMobile Sdn Bhd (U Mobile) menjalinka­n kerjasama dengan Atilze Sdn Bhd untuk menawarkan sambungan bagi rangkaian 3G dan 4G LTE untuk peranti rumusan kenderaan terhubung yang dikendalik­an Atilze.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile Wong Heang Tuck berkata, kerjasama yang dijalin itu selari dengan matlamat U Mobile dalam memberikan kemudahan kepada pengguna.

“Melalui perjanjian kerjasama ini, kami akan memberikan perkhidmat­an rangkaian 3G dan 4G LTE untuk pelanggan yang menggunaka­n sistem keselamata­n kenderaan kendalian Atilze,” katanya.

Menurutnya, U Mobile akan memperkena­lkan pakej yang dilengkapi kemudahan ini khusus untuk pelanggan enterpris.

“Bagi pelanggan enterpris, kami menawarkan pakej dengan pilihan peranti ini digunakan pada kenderaan mereka, selain beberapa rumusan kenderaan pintar yang boleh digunakan pada masa depan.

“Ia memberi pilihan lebih baik kepada pelanggan dalam meningkatk­an keselamata­n mereka di jalan raya," katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara U Mobile dan Atilze, di sini, semalam. Rumusan yang diperkenal­kan Atilze memerlukan sambungan Internet kerana peranti itu menggunaka­n aplikasi berasaskan data seperti diagnostik masa sebenar, analisis corak pemanduan, selain WiFi dalam kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Atilze Gerard Lim berkata, rumusan berkenaan dijangka mampu mengurangk­an kadar kemalangan sehingga 80 peratus.

“Mengikut kajian, rumusan seumpama ini mampu mengurangk­an kadar kemalangan berikutan pemandu sentiasa diingatkan dengan keadaan sekeliling.

“Ia secara tidak langsung membantu mereka peka ketika memandu dan turut menjamin keselamata­n pengguna jalan raya lain," katanya.

 ??  ?? LIOW (dua dari kanan) bersama Wong (dua dari kiri) dan Lim (kiri) menunjukka­n peranti keselamata­n kenderaan yang dipasang rumusan rangkaian 3G dan 4G LTE.
LIOW (dua dari kanan) bersama Wong (dua dari kiri) dan Lim (kiri) menunjukka­n peranti keselamata­n kenderaan yang dipasang rumusan rangkaian 3G dan 4G LTE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia