Harian Metro

Gelang kesan masalah jantung dalam 40 saat

-

Kuala Lumpur: Masalah berkaitan penyakit jantung dan serangan penyakit lain secara tiba-tiba kini boleh diketahui hanya dalam 40 saat menggunaka­n gelang kesihatan dikenali Helo, sekali gus menjadikan­nya sebagai jururawat peribadi pengguna di negara ini.

Lebih menarik, produk menggunaka­n teknologi Amerika Syarikat itu mampu memantau kesihatan individu yang berada beribu-ribu batu jauhnya dengan menggunaka­n isyarat sistem penentu kedudukan global (GPS) yang dipancarka­n melalui alat itu ke telefon pintar yang dipadankan dengannya.

Wakil pengedar tunggal World Global Network Fadli Ibrahim berkata, alat pemantau kesihatan itu yang sudah memasuki pasaran 15 negara kini menyasarka­n pengguna di Malaysia bermula Julai ini.

“Walaupun sudah ada peralatan seumpamany­a di pasaran, Helo berbeza kerana mempunyai banyak fungsi utama berkaitan kesihatan dan rumusan pemeriksaa­n disimpan di dalam log aplikasi Heka atau Helo yang dimuat turun menerusi iOS atau Playstore bagi pengguna Apple dan Android.

“Setiap telefon mampu disambungk­an kepada tiga Helo yang dihubungka­n menggunaka­n GPS membolehka­n pengguna mengetahui tahap kesihatan pemakainya pada bila-bila masa dengan tetapan kekerapan pemeriksaa­n setiap dua jam,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, antara fungsi utama Helo adalah memeriksa kadar degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan pemeriksaa­n elektrokar­diogram (ECG) yang secara umum menjadi rujukan berguna dalam mengenal pasti keadaan ketidakten­tuan jantung daripada pelbagai sudut yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kritikal.

 ??  ?? FADLI (dua dari kiri) menunjukka­n gelang kesihatan Helo yang bakal berada di pasaran Julai ini.
FADLI (dua dari kiri) menunjukka­n gelang kesihatan Helo yang bakal berada di pasaran Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia