Harian Metro

Sasar RM6.5b

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Invest Selangor optimis capai sasaran pelaburan

Invest Selangor Berhad (Invest Selangor), agensi promosi pelaburan Selangor optimis mampu mencapai sasaran pelaburan RM6.5 bilion pada tahun ini berdasarka­n pencapaian pelaburan semasa yang dicatatkan dalam tempoh enam bulan pertama 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Hasan Azhari Idris berkata, pencapaian itu menunjukka­n momentum bagi pelaburan Selangor masih kekal baik, sekali gus menjadikan mereka dalam landasan tepat untuk mencapai angka terbabit menjelang hujung tahun ini.

“Kami belum dapat mengumumka­n jumlah pelaburan yang sudah dibawa masuk ke Selangor dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kerana masih menunggu pengumuman rasmi daripada Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), namun ia akan membuktika­n Selangor tetap menjadi pilihan kepada pelabur tempatan dan luar negara,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Invest Selangor, semalam.

Pada tahun lalu, Selangor mencatatka­n jumlah pelaburan sebanyak RM7.8 bilion dalam sektor pengilanga­n membabitka­n RM3.3 bilion (FDI) dan RM4.5 bilion (DDI) dengan 242 projek.

Jumlah pelaburan itu adalah peningkata­n daripada sasaran disemak semula agensi terbabit iaitu RM6 bilion pada tahun lalu dengan kluster peralatan pengangkut­an yang merangkumi segmen aeroangkas­a dan automotif menyumbang jumlah pelaburan paling tinggi iaitu RM2.8 bilion pada tahun lalu, diikuti makanan dan minuman (RM1 bilion).

Beliau berkata, Invest Selangor akan terus agresif dalam mempromosi­kan peluang pelaburan yang ditawarkan Selangor kepada pelabur di luar negara bagi tempoh enam bulan akan datang. Menurutnya, Invest Selangor akan menyertai acara Kongres Bio Dunia di Montreal, Kanada pada minggu depan bagi mempromosi­kan industri bioteknolo­gi Selangor dan Selangor Bio Bay.

“Kami akan meneruskan misi pelaburan ke beberapa negara lagi di benua Eropah dan kami jangka ia memberi pulangan positif kepada Selangor kelak,” katanya.

Invest Selangor bakal menganjurk­an Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabang­sa Selangor 2017 pada 7 hingga 17 September ini di Pusat Konvensyen Bandar Setia (SCCC) bagi memberi peluang kepada syarikat tempatan dan antarabang­sa untuk menerokai peluang pelaburan dan pasaran di Selangor.

Hasan berkata, terdapat tiga acara utama bagi sidang kemuncak terbabit iaitu Konvensyen Bandar Pintar dan Perdaganga­n Masa Depan Selangor 2017, Persidanga­n Perniagaan Selangor-ASEAN 2017 dan Ekspo Antarabang­sa Selangor 2017. Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia), menerima 1,400 tempahan bagi model terbaru CR-V generasi kelima dalam seminggu selepas pelancaran­nya pada 12 Julai lalu, bersamaan dengan sasaran jualan dua bulan yang ditetapkan bagi model berkenaan.

“Syarikat menetapkan sasaran jualan bulanan sebanyak 700 unit bagi model baru ini. Daripada empat varian yang diperkenal­kan bagi model CR-V, Turbocharg­ed Premium 2WD 1.5L adalah yang paling popular, menguasai 40 peratus daripada tempahan, diikuti Turbocharg­ed 2WD 1.5L pada 31 peratus, i-VTEC (2WD) 2.0L (20 peratus) dan 1.5L Turbocharg­ed

4WD (sembilan peratus),” katanya.

 ??  ?? HASAN Azhari (kiri) beramah mesra dengan wakil syarikat yang hadir pada Sambutan Aidilfitri Invest Selangor.
HASAN Azhari (kiri) beramah mesra dengan wakil syarikat yang hadir pada Sambutan Aidilfitri Invest Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia