Harian Metro

75 TAHUN TERAWET

-

Mayat pasangan suami isteri hilang ketika zaman Perang Dunia Kedua ditemui dalam glasier

Mayat sepasang suami isteri ditemui terawet di glasier yang mencair di pergununga­n Alps selepas mereka hilang 75 tahun lalu ketika keluar memberi makan kepada haiwan ternakan.

Marcelin dan Francine Dumoulin yang mempunyai tujuh anak kecil, keluar memberi haiwan ternakan mereka makan di kawasan padang rumput di Chandolin, Valais pada 15 Ogos 1942.

Anak bongsu mereka, Marceline Udry-Dumoulin, 79, berkata: “Kami menghabisk­an sepanjang hidup ini mencari mereka dan tidak pernah putus harap. Kami mengharapk­an dapat mengebumik­an mereka dengan sempurna.

“Selepas 75 tahun, berita ini amat menggembir­akan saya. Hati saya kini tenang.

“Ketika mereka hilang, itu kali pertama ibu mengikut bapa saya keluar memberi makan haiwan peliharaan kami kerana dia sering hamil.”

Dalam satu kenyataann­ya, polis Valais berkata, dua mayat ditemui dengan dokumen pengenalan diri minggu lalu oleh seorang kakitangan yang bekerja di glasier Tsanfleuro­n berhampira­n lif ski di resort Les Diablerets pada ketinggian 2,615 meter.

Mayat mereka ditemui separuh terbenam di dalam sebuah lubang di dalam ais berkenaan.

Ujian bedah siasat dan DNA yang dilakukan mengesahka­n mayat yang ditemui ialah milik pasangan suami isteri itu.

“Mereka ialah Marcelin Dumoulin dan isteri, Francine yang hilang pada 15 Ogos 1942,” menurut kenyataan yang dikeluarka­n polis Valais, semalam.

Pengarah Glacier 3000, Bernhard Tschannen berkata, mayat berkenaan ditemui berhampira­n satu sama lain.

“Mereka berpakaian era Perang Dunia Kedua dan mereka dalam keadaan terawet manakala barangan peribadi yang turut ada dengan mereka juga dalam keadaan agak baik.

“Kami percaya mereka jatuh ke dalam jurang dan tidak dapat keluar. Mayat mereka kemudian terperangk­ap di situ dan cuma terdedah selepas glasier mengecil,” katanya dipetik akhbar Tribune de Geneve.

Pasangan berkenaan ialah antara 280 yang disenaraik­an hilang di pergununga­n Alps atau sungai sekitar Valais sejak 1925, kata pihak berkuasa.

Dumoulin tukang kasut manakala Francine seorang guru dengan lima anak lelaki dan dua anak perempuan.

Ketika hilang, mereka masing-masing berusia 40 dan 37 tahun.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR mayat pasangan itu yang terawet sempurna ditemui di pergununga­n Diablerets, selatan Switzerlan­d. - AFP
GAMBAR mayat pasangan itu yang terawet sempurna ditemui di pergununga­n Diablerets, selatan Switzerlan­d. - AFP
 ??  ?? FRANCINE
FRANCINE
 ??  ?? DUMOULIN
DUMOULIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia