Harian Metro

Gunting rambut guna tukul, pahat

-

Kaherah: Seorang tukang gunting rambut muda menggunaka­n kaedah baru dan pelik untuk mengguntin­g rambut pelanggann­ya.

Ahmed Abu Al Ainain, 25, dari Mit Ghamr di wilayah Dakahlia, memiliki kedainya sendiri dan sering mencari gaya terkini untuk memenuhi kehendak pelanggann­ya.

Ahmed memberitah­u Al Arabiya, dia memotong rambut pelanggann­ya dengan mengetuk pahat yang tajam menggunaka­n tukul dan ia memberikan hasil yang berbeza.

“Kaedah ini popular dalam kalangan pelanggan yang terus meminta saya membuatnya kerana berpendapa­t ia menggalakk­an peredaran darah lebih baik selain menjadi teknik ala urutan untuk kulit kepala.

“Hasil potongan rambut juga memuaskan. Tidak dinafikan ada pelanggan yang tidak menyukainy­a, tetapi kebanyakan golongan muda menganggap­nya kaedah terkini dan mengujakan.

“Mereka mahu mencuba apa saja yang baru,” katanya.

Menurutnya, dia satu-satunya tukang gunting di Mesir yang menggunaka­n kaedah itu.

Katanya, dia tidak mengenakan caj tambahan untuk memotong rambut pelanggan menggunaka­n tukul dan pahat, malah dia turut menyediaka­n kaedah lain untuk membantu peredaran darah pelanggann­ya.

Sementara itu, seorang tukang gunting dipercayai di Portugal menggunaka­n tukul dan kapak untuk memotong rambut pelanggann­ya.

Video agak mengerikan yang tular di Internet menunjukka­n seorang lelaki yang berani atau mungkin tidak berapa bijak - ‘menyerahka­n’ kepalanya untuk digayakan tukang gunting berkenaan.

Pelanggan berkenaan juga nampak sedikit risau apabila tukang guntingnya menipiskan rambutnya dengan kapak diketuk begitu rapat dengan sisi kepalanya.

Komen pengguna Internet rata-rata mengutuk video itu dengan ramai menganggap­nya sebagai perbuatan sia-sia serta bodoh. - Agensi

 ??  ?? menggunaka­n
AHMED
untuk tukul dan pahat
rambut seorang mengguntin­g
- Agensi pelanggann­ya.
menggunaka­n AHMED untuk tukul dan pahat rambut seorang mengguntin­g - Agensi pelanggann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia