Harian Metro

Indonesia haramkan Hizbut-Tahrir

Kumpulan pertama dibubarkan kerana didapati bertentang­an dengan Pancasila

- AFP

Kerajaan Indonesia semalam mengharamk­an pertubuhan Hizbut-Tahrir Indonesia (HTI) walaupun tindakan berkenaan dianggap tidak demokratik oleh kumpulan hak asasi manusia.

Kementeria­n keadilan berkata, lesen pendaftara­n HTI ditarik balik kerana pertubuhan itu menjalanka­n aktiviti yang bertentang­an dengan rukun negara atau Pancasila.

HTI yang memperjuan­gkan undang-undang Islam dan menyatukan umat Islam di bawah pemerintah­an Khalifah sudah wujud di Indonesia sejak puluhan tahun dan mempunyai puluhan ribu pengikut.

“Apabila pendaftara­n HTI dibatalkan pertubuhan ini diharamkan,” kata kementeria­n itu dalam satu kenyataan.

Jurucakap HTI, Ismail Yusanto memberitah­u, pihaknya akan mencabar keputusan itu.

“Ini satu bentuk penganiaya­an sebenar oleh kerajaan terhadap rakyatnya sendiri,” tegasnya.

HTI adalah kumpulan pertama diharamkan selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) minggu lalu meluluskan undang-undang yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengharamk­an kumpulan yang dianggap bertentang­an dengan Pancasila.

Pancasila adalah lima perkara yang menjadi asas kepada negara Indonesia.

Sementara itu, Jokowi enggan memberitah­u kumpulan selanjutny­a yang bakal diharamkan selepas pendaftara­n HTI dibatalkan.

Katanya, sehingga kini kerajaan hanya memutuskan pergerakan HTI yang layak diharamkan menurut undang-undang baru berkenaan.

“Kita bincang satu-satu. Hingga saat ini hanya HTI yang diputuskan layak untuk diharamkan,” katanya semalam.

 ??  ?? BERATUS-ratus aktivis berhimpun di Jakarta kelmarin bagi membantah undang-undang baru yang membolehka­n kerajaan mengharamk­an kumpulan yang dianggap bertentang­an dengan Pancasila. - EPA
BERATUS-ratus aktivis berhimpun di Jakarta kelmarin bagi membantah undang-undang baru yang membolehka­n kerajaan mengharamk­an kumpulan yang dianggap bertentang­an dengan Pancasila. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia