Harian Metro

Jeneral tentera bersalah seludup manusia

-

Bangkok: Seorang jeneral tentera antara puluhan tertuduh yang didapati bersalah semalam atas pelbagai dakwaan penyeludup­an manusia dalam perbicaraa­n besar-besaran di sebuah mahkamah di sini.

Perbicaraa­n terhadap 102 tertuduh itu membongkar penglibata­n pegawai kerajaan yang korup termasuk seorang jeneral tentera dengan sindiket penyeludup­an manusia.

Leftenan Jeneral Manas Kongpan, pegawai tertinggi keselamata­n di selatan Thai adalah pegawai paling kanan dibicaraka­n dan didapati bersalah.

“Tertuduh (Manas) bekerjasam­a dengan suspek lain untuk membantu aktiviti penyeludup­an manusia,” kata hakim di Mahkamah Jenayah Bangkok.

Manas juga didapati bersalah terbabit dalam organisasi jenayah transnasio­nal.

Semua tertuduh yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara dan ada yang berdepan hukuman mati.

Mereka berdepan tuduhan menyeludup manusia, memeras ugut dan membunuh. Semua tertuduh mengaku tidak bersalah.

Prosiding itu dijangka berlangsun­g hingga ke malam.

Semua tertuduh ditangkap susulan operasi pihak berkuasa pada Mei 2015 terhadap sindiket yang menyeludup pendatang Rohingya dan Bangladesh melalui selatan Thai ke Malaysia.

Operasi itu mencetuska­n krisis pelarian di Asia Tenggara apabila kumpulan penyeludup meninggalk­an beratus-ratus pendatang di kem rahsia di hutan yang menyebabka­n ramai yang mati akibat kebuluran dan sakit.

Ratusan lagi pendatang ditemui dalam bot yang hanyut di perairan antara sempadan Malaysia dan Indonesia. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR fail, Manas (tengah) dibawa ke Mahkamah Jenayah Bangkok pada November 2015. - Reuters
GAMBAR fail, Manas (tengah) dibawa ke Mahkamah Jenayah Bangkok pada November 2015. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia