Harian Metro

Henti rundingan damai

- Agensi

Filipina semalam membatalka­n rundingan dengan Parti Komunis negara itu yang dijadualka­n berlangsun­g di Belanda hujung minggu ini selepas pemberonta­k kumpulan itu menyerang konvoi pasukan keselamata­n Presiden Rodrigo Duterte, menyebabka­n seorang anggota tentera terbunuh dan enam yang lain cedera.

Duterte, 72, tidak berada dalam konvoi berkenaan apabila sekumpulan lelaki ber- senjata melepaskan tembakan menyasarka­n dua kenderaan Pasukan Keselamata­n Presiden di wilayah itu.

Kerajaan mendakwa Tentera Rakyat Baru - sayap bersenjata Parti Komunis Filipina yang mempunyai 4,000 anggota - bertanggun­gjawab terhadap serangan berkenaan.

“Presiden mengarahka­n panel kerajaan supaya tidak menyambung semula rundingan damai kecuali pemberonta­k itu menghentik­an serangan terhadap tentera kerajaan di Mindanao” menurut kenyataan yang dikeluarka­n istana presiden.

Serangan itu dilancarka­n ketika tentera kerajaan masih terbabit dalam pertempura­n dengan militan yang ada hubungan dengan Daish di Marawi, juga di selatan Mindanao.

Parti Komunis itu yang terbabit dalam pemberonta­kan paling lama di Asia menggesa sayap bersenjata­nya melancarka­n serangan sebagai tindak balas terhadap rancangan Duterte melanjutka­n undang-undang tentera sehingga akhir tahun ini.

Dalam serangan semalam, penyerang didakwa menyamar dengan memakai uniform tentera dan mengadakan sekatan jalan di lebuh raya yang dilalui anggota Pasukan Keselamata­n Presiden itu.

Pemberonta­kan komunis yang bermula pada 1968 dan kini tertumpu di Mindanao sudah meragut kira-kira 30,000 nyawa.

Ketua tentera Filipina, Eduardo Ano berkata, pemberonta­k terbabit mengambil kesempatan terhadap krisis keselamata­n yang berlaku di selatan negara itu.

Tentera Filipina berusaha menumpaska­n militan yang ada hubungan dengan Daish di pusat bandar Marawi sejak 58 hari lalu sementara operasi menentang kumpulan Abu Sayyaf yang giat melakukan penculikan dan kegiatan lanun masih diteruskan.

“Kerana itu kamu boleh melihat peningkata­n kegiatan komunis ketika ini,” kata Ano.

Filipina enggan teruskan perbincang­an dengan Komunis selepas serang hendap

 ??  ?? GAMBAR fail, anggota Pasukan
Keselamata­n Presiden dengan berpakaian lengkap di depan Istana
Malacanang di Manila. - AFP
GAMBAR fail, anggota Pasukan Keselamata­n Presiden dengan berpakaian lengkap di depan Istana Malacanang di Manila. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia