Harian Metro

Presiden Iran ancam sekatan balas

-

Presiden Iran, Hassan Rouhani semalam berkata, negaranya akan bertindak balas terhadap sekatan baru Amerika Syarikat.

Dia bagaimanap­un berkata, Iran akan kekal komited terhadap perjanjian nuklear yang ditandatan­ganinya dengan negara kuasa dunia.

“Republik Islam Iran akan sentiasa akur dengan komitmen antarabang­sanya. Tetapi jika Amerika Syarikat mahu melaksanak­an sekatan baru, walaupun dengan sebarang alasan, Iran akan bertindak balas sesuai dengannya.

“Kami tidak akan memaafkan sebarang pencabulan Amerika dan kami akan berdiri menentang mereka,” kata Hassan di mesyuarat Kabinet yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen rasmi negara itu.

Pemimpin Iran itu berkata demikian sehari selepas negaranya Teheran dan Washington berbalas sekatan berkait dengan program peluru berpandu Iran.

Washington terlebih dahulu bertindak dengan mengenakan sekatan terhadap 18 individu dan agensinya. - Agensi

California (Amerika Syarikat): Kebakaran hutan seluas 25,000 ekar di tengah California - satu daripada puluhan kebakaran besar yang melanda Barat Amerika Syarikat mengancam ratusan kediaman dan perniagaan semalam selepas 5,000 pendudukny­a terpaksa dipindahka­n.

Sebanyak 46 kebakaran aktif berlaku di 12 negeri dengan 11 yang baru dilaporkan pada hari Selasa saja, menurut laman web Pusat Kebakaran Antara Agensi Kebangsaan.

Kira-kira 4.4 juta ekar kawasan terbakar sejak awal 2017, berbanding 2.7 juta ekar bagi tempoh sama tahun lalu, katanya.

Keadaan cuaca kering dan berangin mencetuska­n musim kebakaran menyebabka­n ribuan orang dipindahka­n, termasuk di Oregon serta Nevada.

Bomba berjaya mengawal lima peratus daripada Kebakaran Detwiler yang mengancam 1,500 bangunan di perkampung­an kecil sekitar pergununga­n Sierra Nevada, kata pihak berkuasa.

Kira-kira 2,000 penduduk diarahkan berpindah ke Mariposa, California pada Selasa.

Sejumlah 5,000 penduduk terpaksa berpindah ke beberapa perkampung­an kecil di barat daya Taman Kebangsaan Yosemite sejak kebakaran bermula, Ahad lalu, kata Pasukan Pengurusan Bencana Antara Agensi California di Twitter.

Bomba berkata, tiada kecederaan dilaporkan setakat lewat Selasa. - Reuters

 ??  ?? BOMBA mengawasi kebakaran di seberang jalan
di Detwiler berhampira­n bandar Mariposa, California,
semalam. - AFP
BOMBA mengawasi kebakaran di seberang jalan di Detwiler berhampira­n bandar Mariposa, California, semalam. - AFP
 ??  ?? HASSAN
HASSAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia