Harian Metro

PANTAS LAGI

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Jegathesan harap Khairul lakar lebih banyak kejutan di peringkat nasional, antarabang­sa

“Penantian yang cukup panjang.” Demikian pandangan bekas pelari pecut negara Tan Sri Dr M Jegathesan mengulas kejayaan Khairul Hafiz Jantan memadamkan rekod 200 meter miliknya yang bertahan 49 tahun pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia kelmarin.

Mengakui teruja dengan pencapaian bintang muda kelahiran Melaka itu, Jegathesan pada masa sama langsung tidak berasa kecewa apabila rekod 20.92 saat yang dilakukan di separuh akhir Sukan Olimpik 1968 Mexico dileburkan Khairul (20.90s).

Lumpur: Khairul Hafiz Jantan bukan sekadar dijangka mampu menang acara pecut 100 dan 200 meter pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, malah memadam rekod kebangsaan kedua-dua acara riben biru itu.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Kontinjen Sukan SEA Datuk Marina Chin yang menegaskan prestasi semasa ditunjukka­n atlet kelahiran Melaka itu hanya baru permulaan.

“Saya percaya Khairul mampu mencatatka­n masa lebih baik seterusnya memadam

“Pertama sekali tahniah kepada Khairul. Dia masih muda dan mampu pergi lebih jauh lagi.

“Dia harus terus bekerja keras untuk memenangi emas

Sukan SEA selain Sukan

Asia di Jakarta tahun depan,” katanya yang mendapat gelaran ‘The

Flying Doctor’. rekodnya sendiri dalam acara 100 dan 200m,” kata Marina.

Bagaimanap­un di sebalik keyakinan itu, Marina berkata pelbagai faktor mendorong kepada seseorang atlet dalam usaha mereka memperbaha­rui rekod kebangsaan.

Antaranya jelas Marina tahap kesihatan, emosi dan faktor cuaca ketika hari pertanding­an.

“Justeru, saya minta rakyat Malaysia tidak memberi tekanan berlebihan buatnya untuk melakukan yang terbaik buat negara,” katanya.

Jelas Jegathesan, selepas beberapa dekad, Malaysia kini dilihat mempunyai barisan atlet cukup berkaliber dalam acara olahraga.

“Ini perkembang­an cukup baik apabila kita mempunyai barisan pelari terpantas diketuai Khairul,” katanya.

Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, Khairul melepasi garisan penamat dengan larian cukup bertenaga menewaskan pesaingnya yang lain.

Khairul turut memecahkan rekod kejohanan yang sebelum ini dipegang Kento Terada dari Jepun dengan catatan 20.94s, dilakukan di Kangar pada 1996.

Atlet berusia 18 tahun itu juga pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.18s yang dilakukan pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun lalu.

Khairul dijangka menjadi tumpuan acara riben biru pada temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bulan depan.

 ??  ?? JEGATHESAN turut digelar ‘The Flying Doctor’.
JEGATHESAN turut digelar ‘The Flying Doctor’.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia