Harian Metro

‘Sambut ulang tahun kelahiran bersama’

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: “Saya akan ke Bukit Jalil untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran kami,” kata Jantan Ramli, 48, (gambar) yang juga bapa kepada pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan yang memecahkan rekod kebangsaan 200 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia Ke-94, kelmarin.

Menurutnya, kejayaan anak keduanya mencatat 20.90 saat di Stadium Nasional Bukit Jalil sekali gus memecahkan rekod 20.92s Tan Sri Dr M Jegathesan itu hadir menerusi usaha gigih pelari itu selama ini.

Katanya, impian Khairul untuk memadam rekod lama dicipta ‘The Flying Doctor’ di Sukan Olimpik 1968 Mexico itu tidak pernah pudar dan impian berkenaan sentiasa ada dalam benaknya.

“Kebetulan, tarikh lahir saya dan dia (Khairul) sama iaitu Sabtu ini. Saya bersama isteri, Norliza Muhamat akan ke Bukit Jalil, petang ini.

“Sambutan ulang tahun kelahiran kami kali ini nyata lebih bermakna dengan rekod dicipta Khairul. Apa yang saya harapkan dia akan terus menumpukan perhatian kepada Sukan SEA,” katanya.

Beliau berkata, sebelum memulakan acara kelmarin, Khairul yang juga anak keduanya itu sempat menghubung­i keluargany­a bagi memohon restu.

Jantan berkata, beliau sentiasa percaya Khairul pasti memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200m serta 100m dan hanya masa yang akan menentukan­nya.

Khairul yang digelar ‘The Speedy Jantan’ itu turut memperbaha­rui rekod kejohanan 20.94s yang dicatat Kento Terada di Kangar, Perlis pada 1996.

Rekod Sukan SEA, 20.69s masih dipegang Reanchai Seeharwong dari Thailand yang dilakukan di Brunei 1999.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia