Harian Metro

Tiada tekanan

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Bukan tekanan tapi bertambah semangat, sikap yang tertanam dalam diri skuad bola keranjang wanita negara untuk berusaha mempertaha­nkan emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Menurut jurulatihn­ya, Yoong Sze Yuin segala-galanya sudah diberikan untuk anak buahnya beraksi cemerlang di gelanggang sendiri termasuk mendapat bantuan pakar Institut Sukan Negara (ISN).

“Saya sudah memberikan segala-galanya buat mereka termasuk menggunaka­n bantuan ISN dengan sentuhan pakar psikologi dengan harapan mampu membantu memberi pembelajar­an berguna buat pemain,” katanya.

Jelasnya, perkara itu sangat penting untuk pemain memperoleh semangat bukannya tekanan kerana bukan saja harus mempertaha­nkan emas dimenangi di Singapura dua tahun lalu tetapi turut merasai kehangatan beraksi di gelanggang sendiri.

“Sebenarnya kami sudah melalui pelbagai proses persediaan dan sekarang ini adalah terus mara ke depan,” katanya yang mempersiap­kan pasukan dengan mengadakan kunjungan ke Taiwan (18 hingga 30 Julai ini) sebagai langkah persediaan sebelum Sukan SEA.

Sze Yuin berkata, skuad wanita memang mempunyai sejarah cemerlang di Sukan SEA dan harapan tinggi sentiasa diletakkan ke atas mereka untuk meraih emas.

“Tidak ada rahsia lagi, setiap Sukan SEA sasaran kita hanya emas,” katanya yang mengharapk­an sentuhan empat tonggak Pang Hui Pin, R Kalaimathi, Nur Izzati Yaakob dan Yap Fook Yee.

Sementara itu, jurulatih skuad bola keranjang lelaki, Goh Cheng Huat berharap mampu membuktika­n mereka mampu melepasi sasaran ditetapkan.

“Kalau boleh kami mahu membuktika­n sasaran ditetapkan itu salah (memenangi gangsa) tapi dalam masa sama saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain. Kami akan cuba yang terbaik,” katanya yang mempersiap­kan pasukan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabat­an di New Zealand (18 hingga 29 Julai ini).

Skuad bola keranjang semangat pertahan emas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia