Harian Metro

‘Tekad cipta sejarah’

-

 Saizul mahu menang emas buat kali pertama

negara dalam sukan berkenaan.

Katanya keyakinan itu berdasarka­n perkembang­an positif dipamerkan pemain termasuk prestasi semasa mereka yang berada pada tahap terbaik dan kian meningkat sejak

mula berlatih bersama, Disember lalu.

Selain itu, beliau berkata, pengalaman enam tonggak yang pernah beraksi pada temasya dwitahunan itu di Singapura dua tahun lalu turut menambah keyakinan untuk melakar sejarah.

“Berdasarka­n pencapaian di temasya dua tahun apabila tewas kepada Filipina di final, kita yakin mampu menghadirk­an kilauan emas pertama buat negara kali ini.

“Lebih menambah keyakinan kami adalah semua pemain mula mempamer aksi membanggak­an dalam beberapa siri kejohanan dan persahabat­an termasuk sesi latihan dua minggu di Auckland, New Zealand, akhir Mei,” kata Saizul ketika ditemui di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak Kuala Nerus, semalam.

Skuad ragbi kebangsaan yang berkampung lima hari di Terengganu sehingga esok untuk menjalani sesi latihan dan aksi persahabat­an turut dijadualka­n mengikuti kem bina semangat di Pulau Redang.

“Biarpun sasaran MSN (Majlis Sukan Negara) sekadar perak, secara peribadi saya tahu kekuatan pemain diketuai kapten Mohd Zulkifli Azmi biarpun dijangka diberi tentangan sengit tiga pasukan - Filipina, Thailand dan Singapura.

“Dengan persiapan rapi yang sudah dibuat sejak setahun lalu dan ditambah kelebihan beraksi di tempat sendiri, kami berpeluang cerah menghadiah­kan emas buat negara,” kata Saizul.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia