Harian Metro

Tak sasar pingat, mahu baiki prestasi

-

Sibu: Tiada kutipan pingat disandarka­n kepada pasukan bola tampar wanita negara pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang akan berlangsun­g mulai 19 hingga 30 Ogos depan.

Chef-de-Mission Datuk Marina Chin berkata, fokus pasukan itu adalah untuk mencapai sasaran bagi memperbaik­i prestasi peribadi setiap pemain dan sebagai sebuah pasukan. Buat masa ini, prestasi ditunjukka­n pasukan itu cukup mengagumka­n beliau.

“Mereka sudah berusaha kuat dan semangat ditunjukka­n adalah tinggi. Saya rasa mereka boleh membanggak­an Malaysia,” katanya.

Marina berkata demikian pada sidang akhbar selepas pertemuan dengan pasukan bola tampar wanita negara yang menyertai Kejohanan Bola Tampar Jemputan Antarabang­sa 2017 di Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu semalam.

Selain Malaysia, kejohanan itu disertai pasukan dari Beijing No.12 Middle School dan Universiti Tianjin (China); pasukan kebangsaan Hong Kong dan pasukan University Rangsit (Thailand).

Pasukan wanita Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Filipina dan Vietnam manakala Kumpulan A mengandung­i Myanmar, Thailand dan Indonesia.

Ditanya mengenai kedudukan Malaysia di antara enam pasukan bertanding, ketua jurulatih Datuk Moh Wung Ming berkata, pasukan wanita negara tidak jauh ketinggala­n daripada Vietnam pasukan kedua terbaik selepas Thailand.

Daripada 13 pemain dalam pasukan itu, empat daripada mereka mempunyai pengalaman bertanding di Sukan SEA manakala selebihnya pemain muda. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia