Harian Metro

Cikenlup tingkat stamina

-

 Laluan hutan berbukit di sekitar Bandaraya Ipoh jadi pilihan uji kemantapan

Pasukan Cikenlup menjalani latihan di lokasi berbukit bagi mencari stamina menjelang Siri Pertama Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 di Bukit Merah Laketown Resort, 29 Julai ini.

Tumpuan di laluan berbukit itu menjadi fokus 10 peserta dari pasukan itu selepas mengetahui tujuh kilometer pertama trek yang bakal dilalui dalam kejohanan itu membabitka­n laluan berbukit.

Wakil pasukan, Ekhwan Nazuhar Abd Razak

(gambar),

36, berkata, laluan hutan berbukit di beberapa kawasan di bandaraya itu menjadi medan latihan terakhir ahli pasukan menjelang kejohanan berkenaan.

Katanya, latihan di laluan mencabar itu diyakini dapat meningkatk­an prestasi kesemua ahli pasukan sekali gus dapat menempuh halangan sepanjang kejohanan itu.

“Pada mulanya kami hanya menumpukan latihan untuk meningkatk­an stamina sehingga terbaca artikel disiarkan Harian Metro memberitah­u tujuh kilometer awal trek berkenaan membabitka­n berbukit.

“Ini sudah pasti mencabar dan memerlukan kami menumpukan latihan di kawasan berbukit bagi memudahkan kami melepasi halangan itu,” katanya.

Menurut Ekhwan, mereka menyasarka­n untuk menaiki podium pada siri pertama itu namun sedar saingan bakal dihadapi sangat hebat.

Sambil mengharapk­an dapat berada antara 10 peserta terbaik, mereka menaruh harapan kepada Ramli Talib, 46, yang bertanding dalam kategori Lelaki Senior Master untuk memberi saingan.

 ??  ?? PELUMBA Cikenlup bersiap sedia menghadapi cabaran pada 29 Julai ini.
PELUMBA Cikenlup bersiap sedia menghadapi cabaran pada 29 Julai ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia