Harian Metro

Teruja rebut Claret Jug

- AFP

 Speith akui ramai pemain muda mampu gugat penguasaan pemain lebih ternama

Biarpun prestasi tidak menentu menghantui nama besar seperti Dustin Johnson dan Rory McIlroy, kejohanan Terbuka Britain bermula di Royal Birkdale hari ini dengan begitu ramai pemain berharap dapat menjulang Claret Jug.

Kali terakhir kejohanan Terbuka British diadakan di Southport, berhampira­n Liverpool di pantai barat laut England adalah pada 2008 dan Tiger Woods baru saja menjuarai Terbuka Amerika Syarikat.

Ia gelaran utama ke-14 yang dirangkul Woods tetapi pemain itu tidak lagi muncul juara selepas itu dan sukan itu tidak lagi hanya didominasi seorang pemain.

Semua sembilan gelaran utama terakhir dijuarai pemain berbeza, bermula dengan kemenangan berturut-turut Jordan Spieth

pada Masters dan Terbuka AS 2015.

Malah tujuh gelaran utama terakhir dimiliki pemain yang tidak pernah menjulang sebarang hadiah utama sukan itu termasuk Brooks Koepka pada Terbuka AS bulan lalu dan Henrik Stenson pada Terbuka British di Troon tahun lalu.

“Saya fikir ia satu statistik yang menakjubka­n dan mendedahka­n situasi sebenar sukan ini. Ada ramai pemain muda luar biasa ketika

(gambar)

ini,” kata Spieth, 23, pemain nombor tiga dunia semalam.

“Kita juga memiliki pemain seperti Henrik dan Dustin, yang juga masih muda tapi sudah berada dalam saingan ini untuk tempoh yang begitu lama dan lambat laun mereka akan meraih kejuaraan dan itulah yang berlaku. Mereka hanya menanti masa.”

Namun dengan kehadiran pemain nombor dua dunia dari Jepun, Hideki Matsu yama sebagai pencabar, mampukah seorang lagi pemenang baru menjulang Claret Jug pada petang Ahad ini?

“Saya fikir ramai lagi yang masih belum menjuarai kejohanan utama berbanding mereka yang bermain jadi peluangnya mungkin memihak kepada mereka yang belum pernah menang,” kata Spieth.

Permainan Spieth jauh lebih baik berbanding pemain nombor satu Johnson, yang tidak menyertai Masters AS akibat kecederaan belakang dan gagal melayakkan diri bagi dua pusingan terakhir Terbuka AS di Erin Hills.

Bagaimanap­un Johnson, 33, masih kekal pemain pilihan untuk memenangi hadiah juara AS$1.845 juta (RM7.9 juta) manakala McIlroy di ranking keempat dunia masih cuba memperbaik­i prestasi yang semakin merudum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia