Harian Metro

Aubameyang kekal

- AFP

Borussia Dortmund bertindak menamatkan spekulasi mengenai masa depan penyerang handalan Pierre-Emerick Aubameyang semalam dengan menegaskan pemain Gabon itu tidak akan ke mana-mana.

Aubameyang, yang menjaringk­an 31 gol dalam aksi Bundesliga musim lalu dikaitkan dengan perpindaha­n berskala mewah ke Real Madrid, Chelsea, AC Milan dan Paris Saint-Germain sejak beberapa minggu lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu menjaringk­an dua gol kelmarin ketika Dortmund menewaskan AC Milan 3-1 dalam jelajah pramusim di China, sebahagian daripada aksi Piala Juara-Juara Antarabang­sa.

Jendela perpindaha­n di Jerman berakhir tengah malam 31 Ogos ini tetapi pengarah sukan Michael Zorc mendakwa ia sudah tertutup buat Aubameyang.

“Kami memutuskan Auba akan kekal di Borussia Dortmund. Seperti yang dia sedia maklum jendela perpindaha­n sudah tertutup kerana jika tidak kami akan kesuntukan masa untuk mencari pengganti,” tegas Zorc.

Kelab China, Tianjin Quanjian juga dilaporkan membida 80 juta euro

 Dortmund jelaskan pemain itu tak akan ke mana-mana

(RM395.4 juta) terhadapny­a, namun dengan dengan baki kontrak selama tiga tahun di Dortmund, kelab Jerman itu menegaskan Aubameyang akan kekal.

Jurulatih baru Peter Bosz, yang menggantik­an Thomas Tuchel, turut mahukan khidmat Aubameyang di Dortmund sebaik musim Bundesliga bermula 18 Ogos ini.

“Saya gembira dia berada dalam pasukan saya,” kata jurulatih kelahiran Belanda itu.

“Dia seorang pemain luar biasa dan membuktika­nnya sekali lagi ketika menentang Milan.

“Dia bintang bola sepak yang hebat.”

Hujung minggu lalu, pengarah urusan Dortmund Hans-Joachim Watzke berkata, mereka menjangkak­an Aubameyang untuk kekal di kelab itu: “Kami menunggu beberapa hari lagi tapi kami tidak perlu menunggu lama.”

 ??  ?? AUBAMEYANG (kanan) diasak pemain Urawa Red Tomoya Ugajin dalam aksi persahabat­an di Stadium Saitama.
AUBAMEYANG (kanan) diasak pemain Urawa Red Tomoya Ugajin dalam aksi persahabat­an di Stadium Saitama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia