Harian Metro

HAMMERS SAMBAR HART

- Reuters

 Penjaga gawang England teruja kembali beraksi di Liga Inggeris, sertai West Ham secara pinjaman selama semusim

London

Penjaga gol England, Joe Hart menyertai West Ham secara pinjaman semusim dari kelab pencabar Liga Perdana Inggeris, Manchester City, umum kelab London itu kelmarin.

Pemain berusia 30 tahun itu beraksi untuk Torino dalam Serie A Itali secara pinjaman musim lalu.

“Amat penting bagi saya bermain bola sepak dan mendapat peluang hadir ke sini dan bermain sesuatu yang mengagumka­n,” katanya.

“Untuk beraksi dalam Liga Perdana buat kelab besar seperti West Ham, saya berasa tidak sabar menanti musim baru,” ujar pemain itu, yang akan bersatu kembali dengan bekas pertahanan City, Pablo Zabaleta di Hammers.

Hart menang kejuaraan Liga Perdana dua kali bersama Manchester City dna sudah beraksi 71 kali bersama England, namun tidak mendapat tempat selepas Pep Guardiola mengambil alih sebagai pengurus.

Sekalipun dia tidak boleh beraksi menentang City dalam liga, Hart mungkin berdepan kelab induknya seawal 4 Ogos ini pada aksi persahabat­an pramusim di Iceland.

West Ham memulakan musim baru menentang Manchester United di Old Trafford sembilan hari kemudian.

“Saya meninggalk­an Manchester City secara pinjaman musim ini, tapi kelab ini secara keseluruha­n terutama

penyokongn­ya amat fantastik terhadap saya,” kata Hart. “Saya tidak pernah mengubah apa yang saya rasa mengenai kelab ini, kerana ia tetap kelab istimewa buat saya.

“Ia pasti menarik bermain menentang mereka kerana saya tidak boleh beraksi apabila musim sebenar bermula dan saya pasti Manchester United akan menyambut kehadiran saya dengan tangan terbuka jika saya diturunkan dan memulakan musim di gelanggang lawan di Old Trafford.”

Laporan media membayangk­an City akan membayar sebahagian daripada gaji Hart dalam perjanjian itu.

West Ham mengakhiri musim lalu di tangga ke-11 di bawah kendalian pengurus dari Croatia, Slaven Bilic.

 ?? Joe Hart ?? Amat penting bagi saya bermain bola sepak dan mendapat peluang hadir ke sini dan bermain sesuatu yang mengagumka­n” HART memperaga jersi miliknya. AKSI Hart ketika bersama Torino.
Joe Hart Amat penting bagi saya bermain bola sepak dan mendapat peluang hadir ke sini dan bermain sesuatu yang mengagumka­n” HART memperaga jersi miliknya. AKSI Hart ketika bersama Torino.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia