Harian Metro

Mourinho idam sehebat Ferguson

-

Los Angeles: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho

mendedahka­n beliau menyasarka­n untuk kekal selama 15 tahun di Old Trafford sambil menegaskan beliau mahu mengembali­kan kestabilan era Alex Ferguson.

Mourinho, yang mengambil alih di kelab gergasi Liga Perdana itu tahun lalu, menyatakan beliau terdesak untuk meraih kejayaan berpanjang­an dalam tempoh yang lama seperti dilakukan Ferguson dalam hampir tiga dekad.

United tidak menang kejuaraan Liga Perdana sejak persaraan Ferguson pada 2013 dan kelab itu bergelut untuk mengembali­kan penguasaan di bawah kendalian David Moyes dan Louis van Gaal.

Mourinho tidak pernah menghabisk­an masa lebih tiga tahun sebagai pengurus satu-satu kelab dalam karier gemilangny­a yang dipenuhi dengan trofi.

Namun pengendali berusia 54 tahun itu, bercakap ketika pasukannya bersiap sedia menghadapi Manchester City di Houston awal pagi esok dalam aksi persahabat­an terkini jelajah AS, menegaskan beliau melihat United sebagai satu projek jangka panjang.

“Saya bersedia untuk semua ini,” katanya. “Saya bersedia bagi 15 tahun akan da- tang. Di sini? Ya, kenapa tidak?

“Saya harus mengakui ia amat sukar kerana tekanan di sekeliling tugas kami, setiap orang menekan pengurus dan apa yang mereka katakan, kami mesti menang, tapi dalam realitinya hanya seorang boleh menang dan setiap tahun ia semakin sukar.

“Kelab ini, buat beberapa tahun, adalah mengenai Sir Alex. Orang sudah biasa mengenainy­a; mereka faham akibat daripada kestabilan itu.”

Mourinho percaya tempoh 27 tahun Ferguson di United tidak akan diulangi dalam permainan bola sepak moden. - AFP

 ?? Antonio Conte ?? Saya amat gembira menandatan­gani kontrak baru bersama Chelsea
Antonio Conte Saya amat gembira menandatan­gani kontrak baru bersama Chelsea

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia