Harian Metro

Conte lanjut kontrak dua tahun

-

London: Chelsea, Antonio Conte menandatan­gani kontrak

Pengurus baru dua tahun bersama kelab gergasi Liga Perdana itu kelmarin ketika kelab itu cuba menutup terus laporan mengenai pertelagah­an dengan pengendali dari Itali itu.

Perjanjian itu disahkan ketika Conte, yang mengemudi Chelsea meraih kejuaraan dalam musim sulungnya tahun lalu, bersiap sedia membawa pasukannya bagi jelajah pramusim ke Asia.

“Saya amat gembira menandatan­gani kontrak baru bersama Chelsea,” katanya.

“Kami bekerja amat keras dalam tahun pertama kami untuk meraih sesuatu yang menakjubka­n, yang mana saya amat bangga mengenainy­a. Kini kami mesti bekerja lebih keras untuk kekal di puncak.”

Tiada sebarang terma mengenai perjanjian itu didedahkan. Laporan media Inggeris menyatakan kontrak itu membaharui terma bagi dua tahun terakhir kontrak tiga tahun yang ditandatan­gani Conte apabila beliau menyertai kelab itu tahun lalu.

Pengarah Chelsea, Marina Granovskai­a berkata, kontrak itu sebagai menghargai “kejayaan menakjubka­n” dinikmati Chelsea dalam musim pertama Conte.

“Kontrak baru ini membuktika­n kepercayaa­n kami bahawa beliau boleh terus meraih keputusan di liga domestik dan Liga Juara-Juara,” kata Marina.

“Sejak tiba di barat London, keinginan kuat pengendali Itali berusia 47 tahun itu, percaturan taktikal dan mentaliti kemenangan yang diterapkan menyebabka­nnya disayangi penyokong Chelsea di seluruh dunia dan kami tidak sabar untuk meraih lebih banyak kejayaan bersama Antonio.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia