Harian Metro

J Fokus jinak Gajah Perang

-

urulatih skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Datuk Ong Kim Swee mengingatk­an anak buahnya supaya tidak dibuai dengan kemenangan 3-0 ke atas Indonesia B-22 pada aksi pembukaan Kumpulan H Kelayakan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok semalam.

Katanya, kemenangan itu tidak memberi sebarang makna jika mereka gagal meneruskan rentak dalam dua perlawanan terakhir menentang Thailand esok dan Mongolia (Ahad) dalam merebut tiket ke pusingan akhir di China tahun depan.

“Saya tidak melihat kami sudah layak kerana masih ada dua perlawanan dengan

 Kim Swee mahu jadikan Thailand mangsa selepas menang selesa ke atas Indonesia

Thailand dan Mongolia, tapi saya percaya kemenangan ini meningkatk­an moral pemain yang berdepan situasi sukar dalam melakukan persiapan apabila hanya berlatih lima hari sebelum ke Bangkok.

“Kami akan menentang Thailand selepas ini dan saya mengakui mereka pasukan bagus, ia bukan perlawanan yang mudah untuk kami. Kami perlu segera bersedia kerana hanya ada sehari untuk pemain cergas semula,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu semalam.

Dalam aksi di Stadium Supachalas­ai itu, skuad muda negara merentap semangat pasukan lawan yang sudah berkampung di Bangkok sejak 11 Julai lalu dengan gol pantas pada babak pertama.

Ketajaman penyudah tiga penyerang membolehka­n Malaysia selesa mendahului permainan, bermula dengan jaringan Syafiq Ahmad pada minit ke-3, Muhammad Jafri Firdaus Chew (m-19) dan N Tahanabala­n (m-30).

Bagaimanap­un, anak buah Kim Swee lebih banyak bertahan pada separuh masa ke- dua biarpun Indonesia terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Asnawi Mangkualam dilayangka­n kad merah pada minit ke-68 kerana melakukan terjahan keras ke atas Sean Eugene Selvaraj.

“Tiga gol yang kami hasilkan itu hasil gerakan serangan pantas serta ‘set-piece’ tersusun. Memang kami banyak bertahan selepas mendahului dan pada saya ini situasi biasa kerana pasukan lawan pasti mahu mengasak untuk memburu gol.

“Tapi bahagian pertahanan cukup berdisipli­n selain kami juga berpeluang menambah gol,” katanya yang kehilangan enam tonggak kerana tidak mendapat pelepasan pasukan dan kelab masing-masing.

 ??  ?? PEMAIN negara meraikan jaringan ke atas Indonesia.
PEMAIN negara meraikan jaringan ke atas Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia