Harian Metro

Gol pantas bunuh semangat Garuda

-

skuad Indonesia bawah 22 tahun (B-22) Luis Milla Aspas mengakui jaringan pantas Malaysia B-22 pada babak pertama menjejaska­n mental pemain mereka sehingga terpaksa menerima kekalahan 0-3 semalam.

Dalam pertembung­an di Stadium Nasional Supachalas­ai itu, skuad Garuda Muda tersentak dengan tiga gol dalam tempoh 30 minit pertama Malaysia, bermula dengan jaringan Syafiq Ahmad pada minit ke-3 sebelum diikuti Muhammad Jafri Firdaus Chew (m-19) dan N Tahanabala­n (m-30).

Milla yang pernah membimbing skuad remaja Sepanyol berkata, anak buahnya sukar untuk bangkit semula pada separuh masa kedua.

“Kami tidak bermain baik pada separuh masa pertama, ia menyukarka­n kami untuk bangkit selepas ketinggala­n tiga gol, selain kami juga kehilangan seorang pemain kerana kad merah.

“Gol pertama Malaysia memberi tekanan buat kami, ia menjejaska­n mental pemain,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu semalam.

Kekalahan itu meletakkan Indonesia dalam kedudukan sukar untuk menduduki sekurang-kurangnya dua tempat teratas bagi mencari tiket ke pusingan akhir di China tahun depan.

Bagaimanap­un, Milla belum mengibarka­n bendera putih dan mahu anak buahnya terus berjuang dalam baki perlawanan menentang Mongolia dan Thailand.

“Kami masih ada dua perlawanan dan kedua-duanya ibarat final untuk kami layak,” kata bekas pemain Barcelona dan Real Madrid itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia