Harian Metro

FELDA United gagal manfaat peluang

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz sukan@hmetro.com.my

Maran: Pengendali FELDA United B Sathianath­an percaya mampu melakar kemenangan ke atas Perak sekiranya tidak melakukan kesilapan mudah yang membolehka­n pihak lawan menjaringk­an gol.

Beliau berkata, gol pertama diperoleh Perak sepatutnya tidak berlaku kerana mereka sering menjalani latihan berdasarka­n corak serangan seperti yang dipamerkan pelawat.

“Bila hari perlawanan, mereka (pemain FELDA United) masih melakukan kesilapan sama walhal corak permainan itu sudah biasa kami lakukan setiap kali berlatih,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan Piala Malaysia menentang anak buah Mehmet Durakovic yang menyaksika­n The Fighters sekadar seri 1-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, kelmarin.

Bekas pengendali kebangsaan itu bagaimanap­un tetap berpuas hati dengan keseluruha­n aksi ditampilka­n anak buahnya.

Katanya, susulan jadual padat Liga Super dan Piala Malaysia setiap minggu, pemainnya agak keletihan dan beliau terpaksa melakukan beberapa rombakan demi memastikan pasukannya berada pada prestasi terbaik.

Sementara itu, Durakovic lega selepas skuad The Bos Gaurus berjaya mencuri satu mata perlawanan itu.

“Walaupun kami menjaringk­an gol pembukaan tapi seminit kemudian kami melakukan kesilapan hingga membolehka­n FELDA United menyamakan kedudukan.

“Bagaimanap­un, saya tahu pemain sudah cuba yang terbaik cuma kami tidak menambah jaringan walaupun mempunyai beberapa peluang,” katanya.

Bekas pengendali Selangor itu yakin anak buahnya mampu bangkit dalam perlawanan akan datang.

 ?? FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG ?? PEMAIN FELDA United Thiago Augusto (dua dari kanan) dihalang pemain Perak di Stadium Tun Abdul Razak, kelmarin.
FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG PEMAIN FELDA United Thiago Augusto (dua dari kanan) dihalang pemain Perak di Stadium Tun Abdul Razak, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia