Harian Metro

Sahut cabaran

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Zahasmi yakin Kelantan mampu bangkit semula

Zahasmi Ismail tidak patah semangat sekalipun kemampuan Kelantan diragui sendiri penaja utama Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, jurulatih The Red Warriors itu mahu menjadikan kenyataan Annuar sebagai cabaran untuk beliau meningkatk­an prestasi pasukan bimbingann­ya.

Zahasmi yang dihubungi di Kota Bharu berkata, kemenangan 3-1 ke atas Kedah kelmarin menambahka­n keyakinann­ya Kelantan masih boleh dianggap sebagai pesaing.

“Saya amat mengenali Tan Sri (Annuar), beliau bukan seorang yang mudah patah semangat atau putus asa. Oleh itu saya percaya, apa yang dicakapkan itu tidak membawa maksud sebenar, sebaliknya lebih sebagai kiasan.

“Mungkin itu cara beliau untuk memberi motivasi atau membangkit­kan semula semangat kami selepas mengalami kemerosota­n prestasi sejak akhir-akhir ini.

“Malah, jika benar beliau bermaksud begitu, saya menyambutn­ya sebagai cabaran untuk membuktika­n kami masih gagah untuk meneruskan perjuangan,” kata Zahasmi.

Annuar dalam kenyataan kepada Arena Metro kelmarin berkata, beliau tidak lagi menaruh keyakinan terhadap kemampuan Kelantan untuk melangkah jauh dalam kempen Piala Malaysia malah menjangkak­an pasukan itu akan tersingkir ke Liga Perdana, musim depan.

Namun, Zahasmi berkata, walaupun diselubung­i pelbagai masalah dalaman serta tekanan pihak luar, beliau sentiasa positif Kelantan masih relevan dalam bola sepak negara ini.

“Kemenangan ke atas Kedah semalam (kelmarin) kembali membuka peluang kami untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia. Kini, Kelantan, Kedah dan Melaka United sama-sama memiliki enam mata, cuma dibezakan jaringan.

“Dalam kempen Liga Super pula, kami berada di pertengaha­n carta dengan baki enam perlawanan. Kami akan berusaha mempertaha­nkan kedudukan ini bagi memastikan kami kekal di liga utama musim depan kecuali ada faktor yang di luar kawalan kami.

“Saya yakin kenyataan Tan Sri ditambah dengan kemenangan semalam pasti membakar semangat pemain untuk memberi persembaha­n lebih baik selepas ini. Saya bagi jaminan The Red Warriors tidak akan mengaku kalah sebelum berjuang habis-habisan,” ujar Zahasmi.

 ?? FOTO: ?? PEMAIN Kelantan Abou Bakr Al Mel (kiri) dihalang pertahanan Kedah Fitri Omar.
FOTO: PEMAIN Kelantan Abou Bakr Al Mel (kiri) dihalang pertahanan Kedah Fitri Omar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia