Harian Metro

‘Kemenangan ke atas Kedah suntik semangat kami’

-

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail berpuas hati dengan disiplin dan kesungguha­n pemainnya sehingga pasukan itu berjaya menewaskan Kedah pada aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV malam kelmarin.

Zahasmi berkata pemainnya mematuhi semua perancanga­n dilakukann­ya walaupun ada perubahan taktikal berbanding perlawanan sebelum ini.

“Saya lihat pemain mempunyai keyakinan diri dan disiplin untuk bermain dengan corak permainan sebenar, mereka (pemain) banyak mencipta peluang untuk menjaringk­an gol dan tidak melakukan banyak kesilapan. Corak permainan sebegini yang saya mahukan,” katanya.

Pada perlawanan itu, Kelantan menewaskan Kedah 3-1 hasil jaringan Margaro Gomis pada minit ke- 54 dan Abou Bakr Al-Mel (m-65 dan 90) manakala gol Kedah dijaringka­n Liridon Krasniqi (m-85) hasil sepakan penalti.

“Penyerang kami perlu menggunaka­n peluang yang ada untuk menjaringk­an gol pada perlawanan seterusnya.

“Kemenangan ini memberikan motivasi dan menghidupk­an peluang kami untuk meneruskan perjuangan pada saingan Piala Malaysia ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kedah Mohd Nidzam Yusoff berkata beliau kecewa dengan persembaha­n anak buahnya kerana melakukan banyak kesilapan.

“Dua gol Kelantan itu hasil kesilapan pertahanan yang gagal membuat keputusan tepat apabila bola berada di kawasan sendiri,” katanya. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia